Kisah Kehidupan Beberapa Orang waraq . Kisah 2 & Kisah 3
Kisah 2.
Syeikh Mazhar Sa'adi, seorang yang ternama lagi waraq selama enam puluh tahun dikatakan asyik menangis kerana mencintai dan merindui Allah s.w.t. Pada suatu malam beliau melihat dalam mimpi beberapa orang perawan di tepi pohon mutiara yang beranting emas di tebing sebatang anak sungai yang penuh dengan cecairan kasturi yeng jernih lagi harum. Perawan-perawan itu sedang berzikir memuji kebesaran Allah s.w.t. Beliau bertanya siapakah gerangannya mereka itu. Sebagai jawapan mereka membaca dua rangkap pantun yang ertinya bahawa mereka dicipta oleh Pemberi Rezeki manusia dan Tuhan Muhammad s.a.w untuk orang-orang yang berdiri menghadap Allah sepanjang malam serta sujud memujiNya.
Kisah 3
Abu Bakar Dharir r.a berkata bahawa ada seorang muda tinggal bersama beliau. Dia berpuasa sepanjang hari dan bersolat Tahajud sepanjang malam.Pada suatu hari di datang kepadaku serta bercerita bahawa semalam dia tidak membuat apa yang lazim dibuatnya tetapi dia tidur. Dalam tidurnya dia bermimpi bahawa dinding mehrab retak dan dari celah retakannya keluar beberapa orang perawan. Salah seorang darinya hodoh sekali. Dia bertanya pada salah seorang perawan yang cantik-cantik itu siapakah gerangan mereka. Dijawabnya bahawa mereka adalah sebagai malam-malam ditiadakan dahulu dan yang hodoh itu adalah sebagai malam yang dia tertidur.
Klik padaKisah 1Kisah Orang Waraq.
"Ya Allah..mohon ampunkan kami semua ya Allah. Kami mohon ya Allah agar kami di beri berkat dalam kehidupan ini. Berilah kami kekuatan untuk berpegang teguh kepada kalimah Allah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah. Amin"