Ruangan Komen Blog Anda
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Salam Subuh kepada semua saudara Islamku, khasnya di Malaysia dan serata Dunia. Alhamdulillah selesai tunaikan solat wajib.
Hari ini, Etuza hendak memohon maaf kerana ada blog kegemaran Etuza dalan blog list nampaknya Etuza menemukan kesukaran untuk catat dan drop komen Etuza di laman blog mereka. Etuza bukanlah kemaruk sangat nak komen tetapi Etuza ni suka baca catatan di blog berbanding hanya gambar dan ringkasan kata di FB. Untuk lebih mesra rasa nak komen tapi sayang Etuza tak dapat tembus syarat yang di kenakan.
Ruangan komen yang seperti Etuza gunakan lebih mudah dan mesra maya. Kata lah nak cepat, biar sepatah dah selesai lepaskan satu komen. Apapun kita hormati blog yang terlalu ketat nak terima komen hingga bersyarat, itu hak setiap blogger dan apatah lagi blogger yang lebih terkenal. Sebab itulah Etuza tak dapat komen di blog anda ya. Mohon maafkan Etuza.
Mohon maafkan Etuza tak dapat komen di blog lain yang Etuza gemari.