Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Bunga 03

$
0
0
Bunbga 03
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Apa khabar semua. Semoga hujung minggu semuanya dalam keadaan sihat ya. Yang tidak berapa sihat tu ambil masa rehatkan diri dan jagalah pemakanan anda. Di Keningau hari Jumaat lalu, alhamdulillah syukur kerana ada hujan agak lama membasahi bumi ini. Tanaman di laman segar hingga hari ini.

Baiklah kali ini ada cerita tentang bunga di laman. Ada bunga ini pada daun sahaja kelihatan sangat cantik bercorak. Bunga lembut sekali. Bunga ini sesuai untuk dijadikan tanaman tutup bumi rasanya kerana menjalar dan tak berbatang kayu,  sangat mudah dijaga, asalkan di siram akan cepat membiak dan mencambah ranting-ranting menjalar. Sesuai lah digunakan sebagai tanaman di laman menggantikan rumput-rumput yang menganggu kawasan halaman. Rumput degil yang tak pernah pupus kan. Asal bersih dua tiga hari ada dah rerumput baru nak tumbuh. Inilah bunga tersebut. Cantik, namun nama saintifiknya Etuza tidak tahu. Etuza katakan nama bunga ini bunga menjalar daun batik sahaja. Tumbuh pada keratan batangnya.
Bunga 03 - Bunga Daun Batik Menjalar


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332