Agihan Buah Rambutan Di Kebun Sekolah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Agihan buah rambutan dari kebun sekolah setelah hasilnya di tuai. Guru besar memberi kan arahan agar buah rambutan yang di tuai kali ini tidak lagi dijual tetapi berikan secara percuma kepada semua murid dengan agihan sama rata. Tidak ada yang terkecuali mendapat buah rambutan ini katanya.
Guru besar dalam ucapannya mengatakan bahawa program agihan buah rambutan ini secara langsung memberikan murid itu menikmati memakan buah dan warga sekolah telah menyahut cabaran membantu negara dalam menyuburkan rasa suka makan buah dan inilah dia PROGRAM KEMPEN MAKANLAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN jelas Guru Besar lagi. Best kan murid dapat 5 biji seorang dan ada seramai 245 orang murid di sekolah kami.
Bersama dalam gambar Aafiyah Aliya dan Nur Addilah Yasmin