Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Semoga Teman Maya Lebih Tenang

$
0
0
Assalamualaikum Semua Teman Maya & Pembaca Maya.Semoga Sihat Semua!
Harus Baca!
Etuza Buat Pengumuman Agar Kita Lebih Tenang Selalu. InshaAllah.
Gambar Sekadar Menghiasi Blog Pinggiran Ini.
Mohon agar dapat dipandang dengan cara pemikiran positif.
Penjelasan Memurnikan Impian Semua 

Sejujurnya sebagai insan biasa mungkin perlu membuat satu kepastian sedari awal andai kita hendak berniat atau berhajat untuk memberi dan menghulur sesuatu kepada insan tersayang atau kepada teman blogger tidak kira dekat atau jauh keberadaannya.

Sejujurnya Etuza memang selalu meletakkan satu cara termudah agar kita tidak dikelirukan dan tidak terkeliru dengan berbagai persoalan. Rasanya apabila timbul persoalan yang tidak pasti kita akan merasa sedikit rasa tidak selesa dan selalu berfikir agar apakah caranya agar lebih mudah dan lebih meyakinkan anda terhadap satu persoalan. Dan persoalan yang kita temui itu adalah pelbagai dan bermacam-macam situasi selagi kita layari kehidupan yang Allah anugerahkan ini. Baiklah..untuk lebih menjurus kepada Entri ini, Etuza hendak ringkaskan bahawa:-

1. Untuk acara penganugerahan hadiah kepada komentar unggul edisi November 2015, Etuza sudah nyatakan salah satu hadiah dari jenis mangkuk bersinar putih peralatan hidang Cina yang sungguh anggun dan mempersonakan. cantik lagi berkilat amat sesuai kepada sesiapa yang memilikinya.  ( panjang lagi ayat..)
( Untuk memiliki mangkuk bersinar putih ini, bukan berdasarkan jumlah komentar  terbanyak serta pada kedudukan di ruangan komentar sesiapa dalam 10 komentar unggul terbaik di laman Etuza )

2. 10 Pengomen unggul dalam blog Etuza bakal menerima hadiah yang Etuza akan kirimkan nanti mengikut alamat. Itu pasti, dan seorang dari 10 bloggers yang termasuk dalam 10 kementar unggul November akan menerima mangkuk putih bersinar itu.
( Untuk memiliki mangkuk putih bersinar alat hidang Cina itu, blogger akan dicabar dengan soalan KUIZ - Dan KUIZ ini adalah terbuka sepenuhnya kepada 10 orang bloggers terbaik November 2015 )

3. Penjelasan ini harap membantu agar sesiapa sahaja blogger yang suka drop komen dalam laman Etuza apa lagi yang termasuk 10 blogger terbaik dapat bersedia dan dapat peluang untuk memenangi hadiah impian semua. Semoga penjelasan ini akan lebih memberikan kita rasa keadilan dan terbaik kepada semua. Untuk itu selalu lah datang membaca apa juga paparan dalam blog Etuza, kerana KUIZ itu pasti 90% berkaitan dengan blog Etuza. Harap maklum dan anda lebih tenang dan bersedia dari masa ke semasa menjawab kuiz Etuza pada 29hb November 2015. Kuiz dari Etuza adalah rahsia tidak sama sekali dibocorkan meliankan jawapan anda sendiri. 

Kepada yang ada impian ingin memiliki, berusaha itu perlu, mengimpikan itu perlu miliki cita-cita itu perlu dan tidak berputus asa itu perlu. Ada yang ikhlas memberi mengapa kita tidak mengharap, kerana dengan ikhlas lah meka niat dan hajat hendak memberi dengan cara apa saja akan TREZAHIR. Alangkah bertuahnya andai yang diberi itu milikmu.Abadilah satu pemberian yang ikhlas menggembirakan hati pemiliknya nanti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles