Pokok Bunga Adinium Di Laman
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari kedua berpuasa di bulanRamadan 2020. Terasa cepat berlalu, padahal menunggu berakhirnya PKP amat kita terasakan. Ya kita semua di UJI Allah agar bersabar. Sabar itu satu dari cabang iman kita.
Baiklah, tidak ada yang menarik hendak sampaikan, iya lah semua infor di hujung jari kita, klik lah apa saja mudah saja kita dapat paparan hal Dunia Dilanda Wabak hingga Malaysia kita terkesan, dan amat merasakan kegelisahan apabila wabak virus Covid-19 ini mematiakn. Allah hu akbar, apa yang berlaku sekarang ini semuanya dalam pengetahuan Allah. KLIK BERITA HARIAN.
Ha..kali ini hendak share bunga adinium di laman Etuza, bunga ini kegemaran isteri Etuza ya, dia suka kumpul koleksi bunga adinium berbanding bunga kertas yang Etuza pula amat gemar menanam bunga kertas. Ada 4 jenis sahaja. Kekadang tak tersiram tak terjaga, bunga ini sesekali berbunga, wah bunga dia amat cantik, cuma keburukannya mudah jatuh kurang tahan. Musim kemarau bunga adinium menyerlahkan kecantikannya. Lihatlah gambar bunga adinium peliharaan mama di laman Etuza.
Warna putih gebu
Merah dan agak pink cair pada kelopak bunga adinium ini
Memang menarik perhatian
Segar mata memandang bunga adinium