Serlahan Kecantikan Bunga Akar Dani
Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.
PKP, duduk di rumah, akhirnya kena keluar juga ambil udara segar di luar rumah, persekitaran rumah saja. Tidak lebih dari kawasan rumah.Terlihat bunga berjuntaian menyerlah merah bersulam warna bunga pink cair. Subahanallah, selain menyerlahkan kecantikan keharuman sekitar rumah juga sungguh melekat di hidung. Rupanya Bunga Akar Dani yang jarang di lihat, telah berbunga di laman Etuza. Depan rumah dekat garaj kereta. Hati ini girang gembira kerana dapat menikmati keindahan Bunga Akar Dani di laman. Anda tengoklah Bunga Akar Dani di laman Etuza.
Pembenihan : Keratan Batang ( sangat mudah tumbuh )
Tempat Di tanam :Dalam pasu besar atau di tanah
Jenis Batang : Batang melilit melingkar
Warna Bunga : Merah, putih dan pink.
Kelebihan Bunga Akar Dani : Bunganya wangi dan sangat mudah di tanam
Lihat juga tanaman Etuza Pokok Kesum.
Di tanam minggu lalu..harap segar dan tumbuh subur.
Tanaman musim PKP April - Mei 2020
Etuza sangkutkan pada pagar agar mudah berjuntai bila dah tumbuh.
Mungkin aktiviti ini menjadikan anda merasa senang di rumah.
STAY AT HOME, SAFE YOUR FAMILY