Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1340
↧

Sampai Seru Dia Bernikah

$
0
0

Sampai Seru Dia Bernikah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Rindunya bersiaran di dalam blog kesayangan ini, baru petang ini ada masa senggang untuk melihat laman ini, serta memuatkan gambar kenangan indah dari keluarga Etuza. Hendak kongsikan kegembiraan kami sekeluarga, apabila dengan usaha gigih anak lelaki sulung, akhirnya dia dapat juga di nikahkan pada masa PKPB berlangsung. Balik rentas negeri dari Pahang ke Sabah dan dikuarantinkan, seperti itu juga tunangannya yang juga  di tanah seberang iaitu di Negeri Perak. Gadis pilihannya dari Daerah Ranau Sabah. detik bersejarah anak sulung lelaki Etuza telah diijab kabulkan dengan sekali lafaz nikah pada 02/06/2020 bersamaan hari selasa minggu ini. Etuza dapat melihat anak Etuza sangat gembira kerana sesungguhnya impian baginya untuk mendirikan rumah tangga kini tercapai dengan izin dan rahmat Allah. Alhamdulillah, sujud syukur kepada Allah yang maha esa. SELAMAT PENGANTIN BARU buat anakanda dan isterinya. Bertambah ahli dalam keluarga Etuza dan terasa diri semakin berusia apabila kini Etuza di musim PKPB dianugarehkan oleh Allah menantu perempuan yang sangat menyayangi anak Etuza. Semoga bahagian till Jannah buat Ikmal dan Fizah, aamiin.

Gambar anak tersenyum manis sebelum ke Jabatan Agama JAHENS 
di Daerah Ranau, Sabah

Bersama ibubapa mentua di pihak isteri.

Kepada anakanda tersayang, mohon hargai wanita peneman kala senang dan susah, bina kasih sayang yang abadi, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan memahami naluri seorang wanita. Bina keluarga bahagia dan harus di ingat bahawa menjaga hubungan dengan Allah akan menjadikan rumahtangga kita lebih dirahmati dan diberkati Allah. Jagalah hubungan baik dengan Allah, pasti kita akan saling menghargai pasangan hidup kita. 

Gambar mengikut SOP PKPB hanya wali, pengantin perempuan 
dan bakal suami yang dibenarkan masuk ke dalam Pejabat Agama.

Di studio sesi photografy



Pakai Mask...inilah dia norma kehidupan baru
kesan Wabak menular ..Semoga wabak berlalu dengan 
kehendakNya. Aamiin.


↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1340

Latest Images

Trending Articles