SOP Perlu Sabar Dan Tabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
PKP 3.0 berlangsung bermula sejak kemarin, PKP kali ketiga ini sesungguhnya menguji kita semua. Menguji kita dari segi kesabaran dan keimanan,hadapi situasi hidup dalam keadaan resah dan ketakutan akibat wabak virus Covid-19 yang menular seluruh dunia.
Pergerakan kita cukup terhad, perlu hati-hati dan rancang masa ketika berada di luar rumah. Jika dulu sebelum Covid-19, kemana pun kita tiada yang menegur dan bertanya serta tiada kompaun atau medenda dalam bentuk kewangan akibat terlupa memakai pelitup mulut dan hidung di khalayak ramai.
Sedang menunggu di ruang menunggu
di pusat servise Kemana - mana hendaklah memakai pelitup hidung dan mulut. Pastilah untuk melindungi dari jangkitan wabak. Benar-benar wujud virus C-19 yang sangat merbahaya ini?, mudah sahaja untuk meyakinkan hati kita, iaitu dengan melihat kadar kematian tiap hari dengan jumlah 3 angka, merupakan tiga digit yang amat kita risaukan.
Etuza menyeru pada diri sendiri dan semua agar harus hadapi SOP yang ditetapkan dengan rasa sabar dan tabah. Kerana tanpa sabar pasti urusan kehidupan bertambah rumit.
Selain itu perdalamkan pengetahuan agama yang dianuti, luaskan pandangan agar tidak merasa buntu andai terdapat banyak persoalan. Sentiasa menegakkan solat bagi yang seagama, rajin menjaga kebersihan diri, Etuza yakin kita semua boleh melakukannya. Doa juga adalah senjata orang mulim muslimat. Semoga kesabaran kita di lihat oleh Allah dan terus mengangkat virus Corona ditempat yang sepatutnya.
http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-kawalan-pergerakan-pkp