Rindu Hendak Ke Sarawak Lagi
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Bertemu lagi di arena blog, satu platform menarik yang boleh menghilangkan boring atau rasa bosan apabila sering berada dalam dalam rumah anda. Dalam keadaan PKP satu Negara, setidaknya kita kena bijak menjalani kehidupan yang benar-benar mencabar masa kini. Ekoran dari menularnya wabak Corona Virus -19 yang melanda satu Dunia dan terkesan di Negara Malaysia, negara kita yang kita cintai ini. Keadaan PKP begitu menghambat pergerakan hingga kaki malu untuk melangkah selain hanya sekitar kawasan rumah sendiri. Subanhanallah.
Rindu sebenarnya, ya ada perasaan rindu hendak bersiaran melawat di Sarawak Bumi Kenyalang. Rasa kedatangan tempoh hari pada tiga tahun yang lalu sekitar 2018 di Kuching Sarawak meninggalkan kesan yang indah di dalam hati. Kuching Sarawak rupanya sebuah kota yang sangat menarik dengan keramahan penduduk Kucing Sarawak, serta budaya dan makanan mereka yang amat sedap seperti Mee Kari Sarawak dan pelbagai kuih muih yang sangat sedap masuk ke tekak Etuza.
Diringkaskan cerita, Etuza teringin lagi lah ke Sarawak. Tetapi apakan daya keadaan pendemik Covid-19 membataskan nait ini. Apapun semoga suatu masa ada rezeki dan kelapanagan Etuza pasti dengan izin Allah akan dapat juga memijak Bumi Sarawak yang sangat indah ini, menurut Etuza. Salam sayang, Sarawak dalam ingatan. Jumpa lagi.