Ya Allah Lindungi Kami Ke Manapun Pergi
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Kehidupan masa kini, memang sangat mencabar, banyak cabaran kena lalui namun mari kita hadapi hidup ini dengan penuh SANTUN di mana apapun keadaan situasinya tetap kita BERSYUKUR kepada ALLAH yang esa.
Kenangan lalu- Etuza
Keadaan bersosial atau akan ada kebebasan pergerakan yang akan diberi dan dilonggarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu antaranya kita dapat bergerak merentas daerah, merentas negeri dan merentas ke negara lain seandainya kita merancang membuat pelancongan ke tempat lain. Begitupun adanya kebebasan pergerakan harus DIINGAT bahawa kita bergerak dalam situiasi kawalan dan WAJIB menjaga SOP yang telah diajarkan kepada kita.
SOP merujuk bahawa kita tidak lagi sebebasnya bergaul mesra dalam keadaan akrab dan semesra seperti dahulu kerana kita tidak boleh sesuka hati untuk BERSALAMAN berpeluk tanda persaudaraan, duduk dekat, berbual tanpa memakai MASK dan sebagainya.
Motivasi Kehidupan..
" Ya ALLAH lindungilah kami, lindungi siapapun mereka ke manapun kami ke mana pun mereka apabila adanya kebebasan pergerakan ini tanpa had jarak dan masa. Ya ALLAH, kuat kan iman kami semua untuk menuntun atau untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahkan kepada manusia sejagat di DUNIA ini. Ya Allah, hindari kami dari apa juga musibah bala bencana, sesungguhnya kami tidak BERDAYA melainkan memohon perlindungan, memohon yang terbaik dari jua ya ALLAH" . Aamiin ya rabbal alamin.