Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1470

Gelap

$
0
0


Gelap 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Gelap pasti menjelang sebaik mentari melabuhkan tirainya. Kegelapan itu petanda segala apa juga urusan hidup perlahan akan terhenti apabila gelap semakin berarak lalu.

Kegelapan akan bertukar cerah,terang dan bercahaya apabila punat suiz lampu  moden ditekan. Itu adalah lampu cahaya elektrik menerangi. Sungguh kita terhutang budi kepada saintis pencipta lampu buatan manusia dan dengan izin Allah satu dunia menggunakan lampu elektrik berbayar ini.

Cahaya lampu lilin menerangi gelap 
ruang tamu rumah etuza saat ini.

Kegelapan menakutkan, menjadikan kita buntu dan resah gelisah. Berbagai rasa yang dirasai bertamu dalam hati. Kerana pada awal malam gelap kita belum terlena di pembaringan. Banyak hal hendak dibuat. 

Tetapi bila gelap melanda semua hal yang ingin dibuat tergendala. Itulah keadaan bila gelap yang sebenar kita alami. Hanya bertemankan cahaya lampu lilin yang pasti sumbunya berakhir di mamah api.

Gelap ini, bukan pemusnah harapan,bukan pembunuh hidup kita, akan tetapi gelap ini kita ambil manfaat dalam banyak perkara. Usah terus menghukum alam, memaki dan mengherdik memarahi seseorang. Itu bukan cara orang beriman untuk hadapi saat kejadian yang benar- benar- gelap gelita.

Gelap begini adalah hakikat yang perlu kita alami kita lalui dan syukuri pastinya banyak hikmahnya. Ertikan lah gelap gelita AKIBAT TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK menjadikan kita awal beradu, rehat kan minda dan tubuh dari seharian bekerja di siang hari.

Andaikan gelap ini menjadikan kita rendah diri menyembahNya. Peluang untuk bermunajat walau bertemankan kesamaran cahaya lilin yang sejati seketika. Ambil hikmah gelap bahawa saat kita di alam lain, kita bersendirian tanpa teman tanpa suara, YA ALLAH...kami hanya mampu mengucapkan SUBAHANALLAH, WALHAMDULILLAH, ALLAH HU AKBAR. Sesungguhnya Allah telah menjadikan siang dan malam untuk manusia dan segala rahsia gelap malam hanya Allah yang maha mengetahuinya.

Semoga esok sebaik sedar dari tidur lena yang panjang malam ini, kami semua warga dunia ini menemukan sinar fajar pagi menjelang setelah subuh. 

Terima kasih ya Allah kerana masih menjadikan diri kami akur sebenarnya gelap sebegini adalah hukum alam dan suatu anugerah untuk di nikmati dengan penuh tenang dalam keimanan.

*monolog etuza*


 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1470