Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1325

Bomba Dan Penyelamat Keningau

$
0
0

Bomba Dan Penyelamat Keningau

Salam Sejahtera, salam semua buat pembaca di blog Etuza. Syukur kerana kita masih cekal lalui kehidupan ini dalam keadaan cabaran hadapi wabak Covid-19. Patuhi SOP ketatkan disiplin diri. Jaga diri jaga semua#.
Sangat mendebarkan paparan gambar di WhatsApp group desa Etuza, apabila dikongsi gambar seperti dalam gambar. Bukan kah itu sangat mendebarkan. Inilah situasi Kakitangan Bomba Dan Penyelamat Daerah Keningau bertindak pantas menyelamatkan seorang PESAKIT COVID-19 di Hospital Keningau cuba terjun dari tingkat 4 bangunan Hospital. Gambar dikongsi pada jam 7.04 pagi hari ini Ahad.

Menurut pelapor di group WhatsApp individu yang cuba terjun dari tingkat atas tersebut MASIH BELUM BERJAYA dipujuk  oleh Ahli Bomba Dan Penyelamat. Etuza membaca paparan peristiwa ini, sangat berdebar melihat dan semoga pesakit covid-19 itu dapat diselamatkan. 

Ahli Bomba dan Penyelamat sedang memujuk individu
pesakit Covid-19 yang naik ke tingkat 4 bangunan Hosptal Keningau

Semoga usaha Ahli Bomba dapat menyelamatkan individu tersebut. Tahniah juga kita ucapkan kepada jabatan Bomba Keningau kerana bertindak pantas datang ke lokasi bagi membantu menyelamatkan individu ini. 

Syukur alhamdulillah, Ahli Bomba dan Penyelamat telah berjaya menyelamatkan individu tersebut dengan pengalaman dan kepakaran mereka kata pelapor tepat jam 7.50 pagi ini. Etuza menarik nafas lega dan bersyukur.
Kepada sesiapa pengunjung blog Etuza sila KLIK JABATAN BOMBA NEGERI SABAH untuk mendapatkan talian perhubungan pada bila-bila masa. Dan apabila kecemasan diluar jangka berlaku. Semoga blog Etuza memberi manfaat.

Sekian Etuza laporkan satu Berita di Keningau, Sabah.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1325