Header Blog Hilang
Salam sejahtera semua blogger Malaysia dan salam kasih sayang Etuza kepada semua pembaca maya di mana juga anda berada. Harap jaga kesihatan, amali gaya hidup sihat dan disiplinkan diri agar tidak terjebak ke perkara - perkara yang merugikan. ( Ikhlas nasihat untuk Etuza sendiri )
Adoi apa nak kata ni, malu lah pada persada maya, malu juga pada Google kerana rumah blog atau tamplete blog Etuza masa ini agak comot, tak teratur seperti baru nak bina rumah semula di awan nan biru. Ada keretakan sana-sini, ada yang hilang berserakan. Nak kutip alahai jauhnyya tangan tak tercapai.
Nampak tak apa jadi blog Etuza. Sedih pun ada. Header yang Etuza sayang hilang sekelip mata. Bumbung blog retak dan kini hanya paparan nama blog ini. Suram tanpa warna indah. Harap tetap bersemangat meneruskan blog.
Baiklah, ada acara lagi pagi ni, PdPR, Etuza nak balik kampung dulu. Kita jumpa pada masa yang sesuai dan setelah yang WAJIB diurusi. Ingat kita minta tak ada dosa yang menimpa kita ya, dalam kehidupan ini, mintalah dijauhi apa juga dosa kecil atau dosa besar. Subahanallah. Salam sayang dari Etuza.
~sedihnya hari ini~ Blog agak comot.