Sajian Istimewa Sempena Hari Lahir
Salam Sejahtera, salam Blogger Malaysia, salam kasih kepada semua pembaca maya.
Isnin, bersamaan 4/10/2021, Etuza menunaikan hajat membeli juadah atau set sajian makanan Istimewa hari lahir buat Ibnu Mustaqim anak bongsu Etuza. Alhamdulilah, semua anak sukai dan kami semeja menikmati sejurus mama sediakan.
Cuma masalah sedikit hal gambar semua ank Etuza tak berapa mahu diambil gambar.Mungkin kerana pakaian mereka pakaian biasa yang terlihat sudah agak pudar warna atau memang mereka tak suka di ambil gambar.
Kepada semua inilah gambar juadah Istimewa di hari lahir Ibnu Mustaqim. Alhamdulilah sudah di kabulkan oleh Allah.
Bersempena Hari Lahir anak Etuza yang ke 6 Etuza ada niat memberi di dalam blog. Dan ternyata Blogger Kamsiah Yusof adalah blogger Malaysia yang bertuah.