Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Article 0

$
0
0

 Blogwalking Budaya Popular

Salam kepada semua blogger Malaysia dan pembaca maya yang amat dihormati. Syukur atas semua nikmat tidak terhitung yang Allah kurniakan. Detik anda sedang membaca paparan di laman Etuza blog ini juga merupakan kesempatan dan peluang anda dan kita semuanya sedang menikmati kurnia kesihatan dariNya. Kita ucapkan syukur dan aamiin.

Pinjam gambar dari Google imej blogwalking.

Amalan blogger seperti melakukan perjalanan kembara di alam maya dengan cara istilahnya BLOGWALKING dari blog ke blog merupakan tindakan yang benar oleh seseorang blogger, walau blogger secara sampingan apatah lagi blogger SEPENUH MASA. Amalan ini akan memberi kesan terbaik kepada kejayaan sesebuah blog yang dipandu oleh seseorang pemblogger.

Jujur Etuza katakan jika tidak amal kan BLOGWALKING mana mungkin Etuza dapata kenalan sesama blogger yang amat ramai di persada maya.  Ramai yang Etuza kenali dari blogger baru mahupun blogger di Malaysia yang amat terkenal. Seperti Blogger Ben Asahari, Blogger Hasrul Hasan, Blogger Kamsiah Yusoff, Blogger Paridah Ishak dan ada ramai lagi yang kini Etuza kenali.

Budaya popular iaitu melakukan blogwalking ini menjadikan blog kita menjadi lebih dikenali antara sesama blogger lain, dan paling hebat apabila kita dapat link kan blog kita dengan blog orang lain yang lebih informasi. Selain kita dapat membaca dan mengambil ilmu dari orang lain untuk kita manfaatkan disiplin diri dalam menjadi pemblogger atau paling pasti kita dapat applikasikan kedisisplinan kita dalam kehidupan sebenar kita.

Justru Etuza saat ini MEMOHON MAAF kepada rakan blogger kerana masih belum lancar acara melajukan blogwalking. Alasan Etuza ialah Etuza masih mencari identiti blog Etuza agar lebih baik. Antaranya cuba baca di bawah ini:-

1. Etuza masih mencari template terbaik untuk blog Etuza Warna Kehidupan.
2. Etuza mahu kan alat-alat yang hilang seperti SCROLL bergerak memudahkan pembaca klik blog Etuza dan blog kawan lain.
3. Etuza mahukan semula bloglist yang sudah pernah bertapak di blog Etuza. ramai blog hilang akibat punat hujung jari membuat onar..hehehe..
4. Etuza mahu perbaiki lagi keadaan paparan blog Etuza.

Kepada teman blogger dan pembaca maya yang Etuza tidak kenali, maafkan kiranya ada kelemahan di blog Etuza. Mohon kita bersabar dalam acara memperkembangkan blog dipersada maya. Bersabar hadapi apa juga situasa yang menjadikan kita merasa risau dan bimbang. 

Terlebih-lebih masa ini Malaysia dalam keadaan masih wujud wabak Corona Virus . Semoga kita dijauhi wabak ini dan sentiasa lah waspada dalam kehidupan masa sekarang.  Bertemu lagi dalam paparan baru. Maaf kan Etuza belum lancar acara blogwalking. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles