Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Rentas Daerah Berita Gembira

$
0
0

Rentas Daerah Berita Gembira

Salam kepada rumpun blogger Malaysia, salam kepada seluruh Keluarga Malaysia. Salam hormat juga kepada pembaca maya yang sering melewati blog Etuza ini.

Hari ini, banyak berita gembira yang kita dengar, dalam pada itu ada berita yang kurang kita senangi dan kita sukar untuk menerimanya. Antara berita yang kita dengar hari ini ialah:-

Gambar sekadar hiasan blog. Menyerikan blog 

Kebenaran Rentas Daerah Dalam Negeri.

Kebenaran rentas daerah ke daerah lain khasnya di Sabah adalah dibenarkan, bermula 14.10. 2021. Pasti ramai yang hendak balik kampung menemui ibubapa yang dirindui selama ini. Berjumpa saudara dan paling bahagia kita rasai ialah dapat pergi jauh dari daerah sendiri, seperti ke Kota Kinabalu ibukota Sabah, kerana di Kota Kinabalu banyak tempat menarik di lawati.

Pusat pelancongan adalah dibenarkan, apabila semua pusat taman atau pusat pelancongan dibuka kepada pelancong dalam negeri mahupun pelancong dari negeri lain . Pasti ramai yang teruja hendak berziarah meleraikan perasaan terkepung dalam masa yang begitu lama.

Bagaimanapun rentas Negeri hanya akan dibuka kebenaran pada 1/11/2021. Nampaknya kena bersabar dalam hal ingin melancong ke negeri lain. Simpan dulu niat dan boleh lah berjimat cermat untuk belanja melancong ke Negeri lain.

Ada Pula Syarat Jika Hendak Rentas Daerah atau Rentas Negeri.

Syarat utama ialah hendaklah individu sudah lengkap dua Dos dan sihat tubuh badan. Dan sekurang-kurang sudah mendapat satu dos bagi kanak-kanak bawah 12 tahun adalah dibenarkan bersama ibubapa jika hendak melancong ke tempat lain yang selamat.

Justru, kepada sesiapa yang belum mendapat vaksin, sila berfikir banyak. Andai anda terlibat dalam satu perjalanan, kemudian ada sekatan, mohon agar tidak menyalahkan sesiapa, melainkan kejadian sesuatu keadaan hanta kerana anda tidak menerima vaksin, perjalanan serta merta tidak dibenarkan.
SELAMAT BERHIJRAH, JUMPA IBUBAPA 
BERSALAMAN MESRA DAN CIUM LAH TANGAN IBUBAPA KITA.
Semoga artikal ini mampu melahirkan rasa gembira.

Jaga kita jaga semua#
Lindung diri lindung semua#

Keluarga Malaysia mesti bersatuhati.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles