Follower's Blog
Salam blogger Keluarga Malaysia, Sabtu yang indah apa khabar semua? Diharapkan semua dalam keadaan posisi yang sihat. Andai ada antara kita yang kurang sihat, segera lakukan usaha memperbaikai tahap kesihatan. InshaAllah pasti kembali sihat dengan izin Allah.
Satu perkara ni yang Etuza suka amalkan di blog. SUKA follow blog baru mahupun yang lama. Nampak ruang follower yang comel imej molek tu Etuza klik lah follow. Wow! banyak follow sana-sini, depan belakang kiri dan kanan atas bawah semua ada follow ( ikut ) blog itu. Buktinya dalam ruangan PAPAN PEMUKA blog Etuza akan ada beberapa paparan bahan blog bacaan, ini kesan kita follow blog kawan-kawan kita.
Cuma Etuza rasa agak lama sangat lah nak dapat kawan-kawan ni di blog. Sebab ruangan follower's Etuza itu belum pun capai 1000 kawan. Kawan blogger lain sudah mencanak tinggi follower's. Blog Etuza masih nampak ketara asyik nak bawa follower's. Apapun pasti ada yang follow juga. Terbaru dah beruba angka follower. Syukur dan terima kasih yang sudi follow.
Follower;s Blog bagi Etuza penting juga, kerana memeriahkan blog kita, kita rasa gembira nampak imej comel ada dalam paparan follower's. Selain itu followers itu ruangan blog kita mesra maya, ertinya kita suka kan kawan-kawan. Dalam hidup realiti, kita ramai kawan nak datang berkawan-kawan. Semoga ada yang nak follow blog Etuza lagi. Jumpa lagi dalam cerita baru.