SYILING CORNICE SERLAHKAN CAHAYA PUTIH BERSINAR
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Isnin yang Indah 18/10/2021, salam Blogger Malaysia,salam kepada seluruh Keluarga Malaysia. Wah..Keluarga Malaysia, di perkenalkan kata ini oleh Perdana Menteri kita Dato Sri Ismail.
Update lagi paparan blog. Pengisian tentang SYILING cornice putih kini 90% hampir siap. Syukur alhamdulilah,Etuza dan adik beradik lain menadah tangan kepada yang maha esa, peluang dan kesempatan berbuat bakti kepada ibubapa.
Cornice di luar beranda..
Cornice ni warna putih, selepas di pasang di atas kelihatan memancarkan cahaya bersinar. Nampak ruang tamu rumah dan suasana dalam bilik amat segar kelihatan dengan sinaran putih cahaya dari SYILING cornice. Pilihan SYILING yang tepat untuk rumah baru mak ayah yang di sayangi.
Memasang syiling cornice, perlu sekali tangan yang berseni lembut dan sentuhan yang tidak kasar kerana cornice mudah pecah. Tukang pasang yang di ketuai saudara Alkhamar dan Dimar amat bijak dan seni tangan mereka berjaya mengukir bentuk syiling cornice berkolam di tengah pada ruang tamu rumah mak ayah. Subahanallah..
Syiling cornice berkolam..
bentuk bertindih menyedap
mata memandang
Syiling cornice ruang
beranda dan syiling pada
sayap samping depan belakang
juga hampir siap. Alhamdulilah
Syiling cornice putih bersinar
memancarkan sinaran cahaya indah
Sedikit lagi siap syiling cornice
pada ruang tamu rumah mak ayah
Memilih syiling cornice
adalah pilihan yang tepat saat
harga alat binaan melambung tinggi.