Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Pesona Keladi Di Laman Rumah Puan Hidayah

$
0
0

Pesona Keladi Di Laman Rumah Puan Hidayah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Tengok keladi merah berurat ini..
terasa hati girang dan kagum 
pada sang penciptanya ini..

Singgah seketika di rumah Puan Hidayah, suaminya bernama En.Jaupin Duman, seorang ibu yang sangat gemar berkebun bunga. Ada berbagai pokok bunga di hadapan rumahnya terutama bunga keladi dan pokok bunga kertas selain menjual berbagai saiz pasu-pasuan dan tanah gambut.

Bulan lalu Etuza ada kunjungi laman rumah Puan Hidayah, bunga keladi yang sangat banyak belum kembang. Kunjungan kali ini, bunga keladi Puan Hidayah sangat mempersonakan, warna merah pada dedaun amat memikat hati. Puan Hidayah menjual anak keladi pada harga serendah RM50.00 dan kebaawah .Baiklah saya sempat memetik tiga gambar bunga keladi Puan Hidayah kerana Etuza agak terburu-buru balik rumah.

Ini lah antara koleksi Keladi Puan Hidayah.
Anak pokok keladi juga sangat banyak.

Berkunjung di laman Puan Hidayah
memang rasa puas hati kerana
hati kembang sangat melihat
Bunga mempersonakan.Subahanallah.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332