Cabaran Pertama Untuk Pemilik Mangkuk Hidang Cina
Putih Bersinar
![]() |
Juadah Soto masakan mama pada hari ini untuk anak-anak tercinta. Sedap... |
Malam ini Etuza khaskan artikal ini kepada semua blogger yang sering komen di ruang komentar blog Etuza.
Awal bulan November 2015, Etuza ada membuat entri hal satu mangkuk hidang Cina yang sangat cantik dan putih berseri-seri. Satu daripada mangkuk tersebut Etuza niatkan hendak beri hadiah kepada blogger yang akan berjaya menjawab kuiz di laman Etuza pada 29hb November 2015.
Oleh itu jika sekiranya anda yang bakal menerima hadiah mangkuk hidang kualiti dari Cina ini. Etuza berkeinginan hendak melihat bloger membuat juadah atau apa saja jenis masakan yang blogger gemari meletakkan juadah sekreatifnya dalam mangkuk hidang Cina ini. Masakan yang sudah siap dimasak dari pilihan menu anda letak lah juadah tersebut ke dalam mangkuk. Ambil gambar masakan anda letakkan dalam mangkuk dan serikan dengan resipi. Lastly..ceritakan kebenaran kata-kata Etuza bahawa mangkuk putih hidang Cina itu amat menarik dan kualiti pada pandangan anda. Ha itulah cabaran pertama sebaik terima hadiah mangkuk hidang Cina ini. Tidak lah susah sangat kan. Mala entri itu nanti sebagai kerja rumah blog anda dan terupdated lah juga blog anda. Selamat menunggu tugasan kuiz dari Etuza pada 29hb Nov 2015.