Hotel Al Manar Mekah Bertaraf 5 Bintang
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Hotel Al Manar yang tinggi dan ada Jam pada
menara, inilah Hotel tempat kami ketika Umrah 2019
Salam pertemuan lewat petang hari Sabtu, updated lagi blog ini. Dengan memaparkan cerita ringkas Etuza tentang Hotel Terkenal Dunia di Mekah Arab Saudi. Di Tanah Haram, depan masjidil haram Hotel indah dan antarabangsa ini bercahaya Al Manar namanya,tersergam indah depan Kaabah di tanah Mekah ini.
Rupanya kami ditempatkan di Hotel Al Manar ketika menunaikan Umrah pada hujung tahun 2019. Tidak sangka sama sekali Team Umrah Etuza di Hotel bertaraf 5 bintang ini. Subahanallah.
Setiap kali balik dari Kaabah, Etuza akan perhatikan Jam pada menara tinggi Hotel Al Manar. Kami ditempatkan di tingkat 4 dan yang lain juga pada tingkat 3, 2 dan 5.
Seingat Etuza paling tepi dekat jendela.
setiap katil tempat tidur ada almari dan perabot
kerusi meja yang cantik..
Ini lorong jalan menuju ke Masjidil haram
dan depan masjid tersergam indah Kabbah..
di depan Kabbah suci itu jutaan manusia mengelilingi
bertawaf dan sujud menyembah Allah...
Etuza masih ingat, laluan ini juga akan dilalui apabila balik dari Kabbah menuju ke Hotel Almanar. Dengan melihat Jam pada menara Hotel Al Manar dan lorong jalan ini, jemaah tidak akan tersesat. Lorong ini memang laluan utama dan bersesak menjadi normal di laluan ini.
Sebelah lorong ini ada tempat mengambil wuduk dan ada tandas berdekatan. Air Zam Zam juga ada disediakan dekat ambil air wuduk. Boleh minum air Zam Zam sepuasnya di Mekah.
Lif escalator turun dan naik..
lif ini tiada henti ..sentiasa bekerja..
Subahanallah
Ruang legar Hotel Al Manar..
Jika ada masalah boleh masuk ruang legar ini
dan membuat aduan atau lapor masalah yang dihadapi.
Gambar pada ruangn legar dan lif itu, Etuza ambil ketika jam 3 pagi, di mana jemaah ada yang beradu di bilik masing-masing dan ada yang pergi ijtikaf di depan Kaabah atau di Masjidil haram. Masa ini memang laluan agak lengang dan mudah kita untuk bergerak.
Sebelum Subuh dan sebelum azan berkumandang, kembali lif dan semua ruang dipenuhi jemaah. Siapa lambat memang tidak dapat solat depan Kaabah. Semua mahukan kan peluang. Jemaah Umrah turu berduyun-duyun untuk solat sunat subuh dan solat Subuh. Bagi jemaah yang iktikaf memang sangat selesa berada depan Kaabah. Ya Allah kabul kan doa Etuza hendak lagi pergi menunaikan Umrah. InshaAllah.
Ini juga ruang legar Hotel Al Manar..
Sangat bersih...Subahanallah ..maha suci Allah..
Bunga Hidup cantik pada sudut menuju ke bilik
penginapan Etuza.
Lorong menuju ke bilik penginapan ..
Dalam hotel Al Manar ada ruang seumpama Masjid atau surau, tetapi ruangan Jemaah untuk solat wajib sentiasa penuh saat Solat Wajib dityunaikan dengan ikut masa solat.
Jika tidak silap surau dalam Al Manar di tingkat 7. Dan Etuza ada melakukan solat, dan membaca al Quraan di surau tersebut. hitungan pahala ganjaran bersolat dalam surau Al Manar kita serahkan pada Allah hi ta'ala.
Ruang makan untuk bersarapan dikhaskan. Etuza kurang ingat di tingkat apa. Oleh kerana banyak ruangan jalanan di Hotel Al Manar, jika tak ambil langkah hafal dari awal memang akan sesat ke tingkat lain. Etuza tidak nafikan ada tersalah masuk ruang. Terpaksa bertanya pekerja yang baik hati semua. Alhamdulillah.
Sebelum beredar dari tinta ini, Etuza hendak memberitahu bahawa, ketika berada di Mekah, yakni halaman Nabi Muhammad SAW menyampaikan Islam, tempat nabi kita bersujud menyembah Allah depan Kabbah, perasaan memang lain. Ada cabaran tetapi dimudahkan saja oleh Allah urusan kita.
Allah tunjukkan kebesarannya, begitu ramai umat Nabi Muhammad SAW, mampu memuatkan jemaah jutaan dari pelusuk Dunia, berbagai bangsa dan rupa serta kulit. Allah satukan dalam pelukan Islam, agamaNya Allah. Hati ingin selalu berada di sini, kelazatan beribadah sangat luar biasa. Subahanallah
Pintu bilik penginapan Etuza..
Sedang mendengar taklimat ..masa ini kami akan melakukan
tawaf ke hadapan Kaabah..Ada rasa debaran dan luar biasa
perasaan.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim