Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Johor Kami Datang Dengan Hati Girang

$
0
0
Asalamualaikum & salam sejahtera semua.
Agak lama tidak mengetuk pintu maya. Bagaikan kehilangan kunci untuk buka pintu laman Pesona Etuza Warna Kehidupan. Apakan daya kita semua tidak mampu melakukan semua perkara. Cuma tidak pernah lupa pada laman ini rumah maya blogger yang suatu masa diawal penglibatan seru diri ini dengan mencatat setiap hari cerita dan pengalaman mewarnai dunia realiti.

Tidak sangka Etuza ada kesempatan membuat pelancongan ke Negeri Johor, sebuah Negeri yang gah disebut segenap lapisan masyarakat di mana pun mereka, sebagaimana Negeri Sabah, Johor juga mempunyai panorama indah sekali.Nampak suasana jalan raya dengan masyarakatnya ramah taman, tampak menjadikan kami amat GIRANG memijak tanah di Bumi Johor. Menuju ke Bukit Indah untuk tujuan mendapat kan penginapan hati tidak sabar lagi untuk berziarah ke pusat bandaraya Johor iaitu Johor Baharu Johor. Tempat menarik yang mesti Etuza tunaikan ialah hendak bersiaran di sekitar Masjid cantik iaitu masjid Abu Bakar. InshaAllah akan tunaikan niat itu hari ini.Semoga Allah tunaikan hasrat ini.

Setiba di lapangan terbang Senai, menuju keluar untuk memdapatkan perkhidmatan teksi.Ambil gambar kenangan pada banner JOHOR .Nampak cantik nama Johor ini.Alhamdulillah kami berada di Johor dengan hati Girang dan amat bersyukur pada Allah atas kesempatan dan peluang terindah ini.
Hari ini hendak bersiaran bersama anak dan isteri. Tempat biarlah saja kemana kaki melangkah dengan tidak lupa sentiasa sematkan nama Allah di sanubari ini.Syukran dan jumpa lagi dilain cerita.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles