Asalamualaikum dan Salam Sejahtrera Semua.
Selamat menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadan
Alhamdulillah, dengan izinNya dapat meluangkan masa ke laman blog ini. Rindu sebenarnya hendak berinteraksi dengan pembaca maya dan para bloggers di mana-mana yang begitu memahami penulisan di blog ini, walau ada masa sepi tanpa dikunjungi ekoran link dan alamat URL tidak terlalu terdedah kepada umum. Hakikat itu kita pasrah, akan tetapi sesuatu akan berubah bila kita sebagai blogger aktifkan jejari dan minda sendiri.
Ya, sebenarnya saya hendak mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DIBULAN RAMADAN kepada semua pembaca maya di Malaysia khasnya dan juga kepada semua blogger di mana juga berada.
Doaku semoga ibadah puasa kita tahun ini terpenuhi dan diterima oleh Allah. Janji Allah itu pasti bahawa orang yang berpuasa pasti mendapat ganjaran bahala berganda di akhirat. Dan ketahuilah bahawa salah satu ganjaran Allah kepada orang Islam berpuasa ialah ketika mendapat nikmat istemewa ketika berbuka puasa. Puasa itu mendidik hati agar lebih bersabar dan bersabar hadapi apa juga dugaan hidup.