• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bersua kembali dalam blog ini. Maafkan saya, kerana terlalu lama menyepi diri. Apapun blog bukan keutamaan kita, tetapi yang realiti di hadapan adalah yang sangat penting dalam kehidupan kita.
Saudara semua, teman blogger yang saya hargai, saya kasihi saya hormati, ibubapa kita adalah insan yang telah melahirkan kita di dunia ini. Membesarkan kita dan menatang kita dengan penuh kasih sayang. Tak terbalas walau apa kita datangkan kepada ibubapa biar emas permat dan air mata darah sekalipin, tak akan mampu membalas setitis darah ibu melahirkan.
Ibu dan bapa insan yang amat kita hargai. Namun apabila ajal mereka tiba, kita tidak mampu menahan mereka lagi agar terus bersama kita. Tahun 2024 ibubapa saya telah kembali kerahamatullah dalam tahun yang sama. Ayah pergi pada Januari 2024 kemudian ibu menyusul pergi tidak kembali pada bulan Mei 2024. Mereka berdua disemadikan di tanah perkuburan orang Islam di Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah.
Ya Allah kepadaMu kami pohonkan ampuni dosa ibubapa kami, tempatkan mereka disisi orang yang beriman dan permudahkan mereka di alam barzak.
Kepada kawan-kawan blogger yang mengenali Etuza menerusi blog ini, sudilah HADIAhHKAN AL-FATIHAH KEPADA ARWAH AYAH KAMI AYUB BIN ANSANAP DAN FATIMAH BTE ASINTI. ALFATIHAH...
Hidup ini tidak selalu bahagia, kadang kita diuji dengan
kesedihan...