Nasihat Dari Tanpa Nama Memberi Motivasi
Permohonan Maaf
Apa khabar pembaca maya? Etuza sekali lagi ke udara maya malam ini, bertujuan memohon maaf dan sedikit menjelaskan kedudukan blog Etuza ini dalam selitan sosial maya yang begitu sesak dengan pelbagai informasi masa kini. Informasi yang disampaikan oleh pihak tertentu menerusi blog dan pelbagai saluran lain. Sudah semestinya kehadiran blog Etuza juga hadir dan dibaca oleh individu tertentu. Dan yang pastinya kita boleh membayangkan pembaca maya itu terdiri dari kanak-kanak, remaja, orang dewasa, ibubapa, pegawai atasan dan pihak berkuasa mahupun orang lain dari pelusuk negara. Etuza tidak nafikan secara terbuka dalam laman sosial blog ini dapat dikesan melalui carian google.
Kepada yang singgah membaca paparan blog Etuza ini, Etuza dengan ikhlas memohon maaf setulus hati kepada anda semua, kepada pemimpin dan penjawat perkhidmatan awam dalam pelbagai sektor di atas kesalahan EJAAN, STRUKTUR ayat yang mungkin sukar anda fahami. Sungguh Etuza memohon maaf, sekali lagi maafkan Etuza atas kesilapan melampau terutama ejaan dan gaya bahasa dalam blog ini.Etuza telah banyak kali meluahkan hal kesilapan ejaan ( TYPO) yang sukar Etuza bendung ini. Dan sekali lagi, untuk julung kalinya catatan permohonan maaf ini sekali lagi ke udara, ekoran dari teguran yang sangat membina dari pengomen TANPA NAMA.Terima kasih tanpa nama itu. Etuza tidak dapat kesan siapa anda, tetapi ada Allah melihat kita semua. Etuza terima teguran yang benar itu untuk lebih berhati-hati secara terbuka.
Blog Ini Sekadar Coretan Pengalaman Umpama Dairi Hidup Etuza.
Untuk teguran kedua dari Tanpa Nama, blog ini Etuza istilahkan sebagai blog dairi hidup serta pengalaman dan kasih sayang dalam keluarga yang melibatkan anak-anak Etuza. Sebab itu penyampaian cerita agak tidak sistematik, penyampaian bahasa atau struktur ayat ada yang mengandungi sisipan bahasa pasar menyebabkan ramai pembaca agak keliru maksud ayat tersebut. Blog ini bukan RASMI dan bukan secara ILIMIAH disampaikan. Tetapi disampaikan semua informasi secara santai dan ikut hati Etuza, tetapi masih dalam keadaan rasional dan logik akal.
Dalam PENAFIAN pada blog ini, ada dinyatakan segala pendapat Etuza bukan kekal dan boleh diubah mengikut anda. Tetapi hak untuk Etuza bersosial di uadara maya merupakan satu perkara yang perlu dilindungi. Ini bermaksud hasilan informasi blog ini kebanyakan original dari karya Etuza. Dan semestinya kebebasan berinformasi selagi paparan blog ini tidak menyentuh hal-hal sensitive agama, merosak perpaduan kaum dan mengutarakan unsur hasutan maka Etuza akan terus berinformasi dengan aman di laman maya.
Kepada pembaca blog Etuza,sekali lagi Etuza hendak menyatakan permohonan maaf dan mohon difahami bahawa blog ini bukan di tulis mengikut sistem yang tepat dan formal. Tetapi penyampaian catatan ikut sedap rasa hati Etuza serta masih boleh difahami.
Selain daripada itu Etuza bukan menonjolkan diri sebagai seorang GURU, tetapi menggelarkan diri sebagai ETUZA ( gelaran nama oleh IBU Etuza) sebagai insan biasa yang hadir secara bermoral dalam sosial maya. Adapun kenyataan bahawa ETUZA adalah guru disebabkan paparan gambar Etuza yang 80 % memperlihatkan Etuza bersama murid di sekolah dan banyak paparan aktiviti sekolah.Sebab itu ramai penggemar blog Etuza ini mengetahui secara sendiri bahawa Etuza adalah seorang GURU. Blog ini bukan milik sekolah Etuza mengajar tetapi blog peribadi Etuza dan anak-anak Etuza.
Sekian pemakluman maaf dan penjelasan Etuza mengenai Blog Pesona-Etuza Warna-Warna Kehidupan.Salam Sayang. Harap Tanpa Nama kini memahami.