Acara Memotong Kek Meraikan kasih sayang ayah dan Emak
Di Majlis AF Family Dinner Di Hotel Juta, Keningau, Sabah.
![]() |
Aturcara ringkas Majlis AF Family Dinner 27 hb November 2015 Bersamaan Hari Jumaat. |
Assalamualaikum Semua.
Semalam di Hotel Juta tingkat 1 keluarga AF bagaikan meraikan CINTA & KASIH SAYANG antara semua dan meraikan kebahagiaan ayah dan ibu Etuza. Sebagai anak terasa amat bersyukur dilahirkan oleh mereka berdua.Etuza kakak dan adik - adik dapat melihat ayah tersenyum dan ketawa bersama anak-anak cucu semalam di Hotel Juta.
" Ya Allah, berilah ayah dan mak kesihatan, umur yang panjang dan kebahagiaan serta rezeki selagi hidup di DuniaMu ini,limpahkan keceriaan kepada mereka berdua agar jauh dari tekanan hidup yang merosak kan kedamaian mereka" Amin ya rabbal alamin.
Semalam acara memotong kek dan bersuapan antara mereka berdua. Gambar diabadikan sebagai tenda dan memori indah yang tidak akan dilupakan. Kepada saudara sekalian di luar sana, hargailah ibubapa anda, mohon agar tidak menyakiti hati ibubapa tetapi sentiasa hargai mereka dengan layanan baik. Sesungguhnya tiada ibubapa yang melahirkan kita selain dari ibubapa kita semdiri. Inta kita semua bahawa " Syurga Di Telapak Kaki Ibu" Ini adalah kata-kata membuktikan betapa kita yakni anak wajib menjaga ibubapa kita demi mendapatkan keredhaanNya dan restu Allah.
Sebaik ayah dan mak selesai memotong kek dan berbalas suapan, Kek hari lahir Aliya Afrina, Madiha, Azza, Resty, Ayisah dan Ibnu Mustaqim pula memotong hari ulang tahun kelahiran mereka." Selamat Hari Lahir Buat Anak Tersayang dan Anak Buah Tercinta" Semoga kalian berjaya menjadi anak-anak yang solleh dan solleha. Amin.
Jemput tengok gambar kenangan kami di Hotel Juta.
![]() |
Ayah suak kek kepada mak, dan mak sup ke kepada ayah.. Meriahnya melihat dua ibubapa semalam bersama 8 orang anak dan 33 cucu mereka..Syukur alhamdulillah.. |
![]() |
Acara memotong kek hari lahir juga kepada Ayisah, Rabiatul Resty, Azza dan Madiha ...Happynya... |
![]() |
Panjang Umurnya, Panjang Umurnya, Panjang Umurnya Serta Mulia...tiup lilin dan ayah mak potong kek dengan temanai anak-anak, menantu dan cucu.. |
![]() |
Debaran ayah dan mak dapat kejutan di Hotel Juta semalam.. Semoga ayah dan mak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.. dipanjang kan usia...Ampun maaf tiap kesilapan kami kepada ayah dan mak...amin. |
![]() |
Mama dan Ipar Zul sampaikan hadiah kepada ayah dan mak Serta kepada Aliya Afrina dan Rabiatul Nurfitrah...TAHNIAH |
![]() |
Adik Inap anaknya Nursyifah & Mama dan Azie...semalam di Hotel Juta.. |