Kisah Kehidupan Orang Waraq.Kisah 7
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ata ( rahmatullahi 'alaih) berkata bahawa beliau ke pasar dan ada seorang hendak menjual seorang hamba perempuan yang dikatakan gila. Beliau membelinya sebanyak tujuh dinar dan membawanya ke rumah. Setelah berlalu sebahagian malam beliau melihat sihamba perempuan itu bangun,mengambil wudhu' serta mengerjakan solat.
Dalam soalatnya dia menangis, hingga Ata memikir yang dia akan mati kerana keterlaluan tangisannya itu. Setelah solatnya selesai, dia sujud ke hadrat Allah seraya berdo'a, "Ya Allah! demi KasihMu padaku tunjukkanlah belas kasihanMu padaku" Lalu Ata menyampuk dengan berkata kepadanya bahawa dia patut berdo'a, "Demi kasihku padaMu..." Dia meradang dengan syur ini serta berkata tidak mencintaiku, tidaklah akan ku berdiri di sini di hadapanNya semasa kamu tidur di tempat tidurmu". Kemudian dia sujud serta membaca beberapa patah kalimah yang maksudnya, "Saya ini semakin gelisah. Betapa dapat seorang itu rehat sedangkan fikirannya diselubungi dengan cinta,asyik dan kecemasan selalu? Ya Allah! selama ini halku denganMu adalah sulit. Kini orang telah mengetahuinya. Ya Allah! panggillah daku kembali" Setelah kata-kata ini dia menangis sekuat-kuatnya dan terus meninggal dunia di situ.
Subahanallah...begitu sekali keimanan dan kecintaan hambaNya ini kepada Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.Wanita itu telah diketahui bukan gila sebenarnya, tetapi sering menangis kerana demi cintanya dan kasihnya kepada Allah. Sesungguhnya wanita ini seorang yang teguh iman dan tidak mudah terpedaya dengan cinta kasih lelaki. Subahanallah...hebat sungguh kisah orang waraq ini.