Salam Jumaat..
![]() |
Cinta Untuk Dunia Hanya Sementara.Tetapi Buatlah Sebanyak Mana Amalan yang Baik Ketika Di Dunia.. |
Kadangkala tertipu oleh hasutan keindahan duniawi..
Kadangkala terlena oleh keseronokan menyaluti hati..
Ada masa begitu hanyut di buai duniawi..
Sini dan sana begitu melenakan
Membuat lupa diri bahawa ada kewajiban lain menanti tindakan..
Segeralah leraikan keasyikan duniawi..
Usah tertipu dan tertawan terpesona..
Segeralah mengingatkan dirimu ..
Dunia akan hancur..akan berakhir namanya dunia ini..
Renungilah berapa ada amalan mu..
Hitunglah kelemahan kekurangan yang telah berlaku..
Jika nampak kala diri merenungi kalam mu yang lalu..
Tangisilah dan ratapilah betapa banyak terleka..
Insafi diri bawalah ingatkan diri pada Dia..
Sulamilah cinta Teragung untukNya..
Kerana cinta padaNya adalah yang terhebat..
Pasti anugerah syurgawi untuk kita..
By Etuza.