Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1325

Hari Terakhir Peperiksaan SPM 2015

$
0
0
Hari Terakhir Peperiksaan SPM 2015

Putera Etuza Irfan Happy Kelihatannya Hari Ini..
Sebaik Etuza Jemput Balik Ke Rumah... Tahniah Semua Pelajar SPM

Asalamualaikum semua dan salam sejahtera.


Hari ini merupakan detik akhir semua pelajar SPM 2015 menduduki kertas Sains Sukan kertas 1 akhir yang bermula jam 2.00 petang hingga jam 3.30 petang. Rasanya hari ini semua pelajar melompat dan menyatakan keseronokan kerana telah bebas dari perasaan berdebar kerana setiap hari mentelaah pelajaran dan bersedia hadapi peperiksaan SPM esok hari.

Perkongsian Dari Anakanda Irfan.

Sambil tersenyum menceritakan detik bahagia dan gembira semua pelajar SPM dalam kelasnya, sebaik berakhir sesi menjawab kertas sains sukan kertas 1. Katanya semua mereka bergembira dengan ucapan HORRY secara ramai-ramai sebaik keluar dari kelas. Kami happy semua katanya, tetapi irfan katakan tidaklah melompat seperti beberapa kawan-kawannya yang sangat gembira.Ada kawan sekelas Irfan akan balik ke Sarawak kata irfan. Sementara itu anakanda Irfan memberitahu ada Majlis Makan Malam anjuran kelas 5 Rasional bersama guru kelas dan beberapa guru di kelas Irfan. 

Acara Dalam Majlis Di Hotel Juta Malam Ini.

* Bertukar-tukar hadiah kepada semua murid dan guru kelas.* Pengacara majlis katanya di kalangan kawan sekelas.* Acara persembahan dan lakonan.* Jamuan makan dan minum.* Bergambar dan bersurai pada jam 10.00 malam.

Nampaknya tugas Etuza ialah menghantar anakanda Irfan malam ini dan akan menjemput kembali pada jam 10.00 malam. Semoga ukuhuwa pada pertemuan dan perkumpulan kelas 5 Rasional kelas anakanda Irfan lancar tanpa halangan dan mereka mendapat keberkatan ilmu dan persahabatan sesama rakan sebaya. Hadiah untuk teman Irfan dan hadiahnya kepada guru kelas telah disediakan sedari awal hari ini. Tahnia kepada semua pelajar SPM tamat peperiksaan SPM hari ini.

Horry SPM tamat hari ini. Tawakal dan doa semoga semuanya berjaya mendapat keputusan cemerlang nanti. Amin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1325