Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1349
↧

Elakkan Baju Bercorak Imej Binatang Ke Masjid Atau Surau

$
0
0
Pesanan & Pedoman Sebelum Ke Masjid Atau Surau


  Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

  Pagi subuh ini, Etuza hendak mengkongsikan pesanan dari AJK pengurus Masjid Ar Rahim pada hari jumaat lalu bersamaan 16hb Oktober 2015. Pesanan dan pedoman ini diumumkan sebelum azan dan diumumkan oleh seseorang yang amat Etuza kenali iaitu En. Dennis Wong atau nama muslimnya Hadi Abdullah. Dia berkopiah putih dan berbaju kurta putih. Subahanallah hingga ke tahap ini iman dia dan ukuhuwa dia. Syukran sewajarnya yang mualaf harus terus belajar mendalami Islam yang addin.

Pesanan & Pedoman Itu.

" Saya hendak berpesan agar pakailah baju yang elok dan bersih bila ke Masjid atau Surau, elakkan tersalah pakai pakaian yang bercorak imej binatang seperti anjing dan sebagainya"

" Solat jemaah Jumaat minggu lalu didapati ada jemaah yang memakai pakaian bercorak binatang iaitu imej anjing. Kita hendak buat teguran untuk kebaikan bersama dan semoga solat Jumaat kita diterima Allah" InshaAllah. Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.

↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1349

Latest Images

Trending Articles