Beli Tangga Lipat Bergerak Akhirnya...
Beli Tangga Lipat Bergerak Akhirnya.
Sejak dahulu inilah kegemaran Etuza, sebaik ada masa terluang tidak kira bila masa, akan ada tanaman baru di halaman rumah. Bila ada rumah baru dan rumah sendiri kesempatan untuk lebihkan penanaman semakin menjadi-jadi. Beli pasu dan benih bunga dan anak benih buah - buahan kemudian tanam di tempat yang sesuai.
Saat semua bunga-bungaan masih belum membesar,kuranglah kerja-kerja yang dilakukan. Setakat membuang rerumput dan memberi baja pada bungaan dalam pasu.Kini usia bunga di laman kian meningkat, maka saiz dan ketinggian anak pokok bunga-bungaan khasnya bunga kertas yang berbagai telah berubah, maka agak sukar untuk membuang ranting-ranting yang semakin semak, rimbun dan kelihatan merosakkan keindahan laman rumah Etuza.
Akhirnya Etuza beli lah tangga lipat bergerak. Dari satu tempat ke satu tempat tangga ini di angkat dan mudahlah kerja-kerja pembersihan di halaman rumah Etuza. Ranting-ranting pun kini kelihatan kemas dan tidak menutupi ruangan laman yang sepatutnya tidak diganggu oleh ranting-ranting bunga-bungaan. Hebatnya tangga lipat bergerak ini kerana mudah di angkat ringgan dan senang di simpan di dalam stor. Untuk saudara ku, sahabat blog Etuza yang setia membaca paparan artikal Etuza, jemput lihat tangga lipat bergerak di laman rumah Etuza. Abaikan kesemakan laman itu kerana kini laman Etuza sudah tidak semak dengan ranting-ranting juntaian bunga.Tangga lipat ini, telah memudahkan Etuza membersihkan kesemakan yang berlaku.
Klik entri halmalam sepertiga Allah dekat dengan kita.
Sesungguhnya kita juga mahu
seperti niat dia ...selalu bertahajud. Subahanallah..Terima Kasih
Kepada blogger ini...