Bantuan RM 500 Mangsa Banjir Di Melaka
( Banjir di Melaka, Johor dan Selangor - Banyakkan Bersabar Atas UjianNya Ini )
![]() |
Banyakkan bersabar kepada mangsa banjir di Melaka.. Tiap yang berlaku itu ada hikmah dan allah gantikan dengan yang lebih baik.. |
Berita banjir di Melaka dan Johor hari ini, lalu Etuza klik infor banjir di Melaka sejujurs mendengar berita ini di TV. Dua hari yang lalu di Keningau hujan dari petang hingga ke pagi dan berlarutan hingga jam 9.00 pagi.
Etuza mulai risau dan berdoa kepadaNya. Bagitahu juga anak-anak agar berdoa bersama, memohon agar Allah jauhkan bala bencana. Tempat tinggal Etuza walau di tempat yang tinggi tetapi terfikir saudara kita yang tinggal di tepi sungai juga di di kawasan yang rendah yang mudah dinaiki air. Di mana pun tempat tinggal kita, pasti tidak mustahil akan berlaku sesuatu tanpa diduga. Seharusnya kita wajib berdoa selalu.Ambil langkah selalu berjaga-jaga, agar lebih selamat.
RM 500.00 Bantuan Kepada Mangsa banjir Di Melaka.
Perihatinnya Kerajaan Negeri Melaka, apabila sedia menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Negeri Melaka. Menurut yang terbaru kita dengar Kerajaan Melaka akan menyerahkan RM 500.00 tiap mangsa banjir di Melaka, selain mangsa telah dipindahkan ke tempat pemindahan sementara banjir surut. Banjir akan berlaku jika hujan tidak henti. Apa lagi jika kawasan tempat tinggal kita dekat dengan sungai dan di kawasan yang rendah.
Kepada mangsa banjir di Melaka,Johor dan Selangor, banyakkan bersabar. Simpati dengan kejadian yang berlaku. Kepada semua rakyat Malaysia marilah doakan negera Malaysia khasnya setiap negeri dijauhi dari banjir selepas Melaka dan Johor serta di serta tempat yang tidak dinyatakan. Banyakkan doa dan ambil langkah selalu berjaga-jaga dan mengambil langkah keselamatan dari masa ke semasa. Terfikir sejenak, setiap kali bulan akhir setiap tahun hujan lebat dan banjir akan berlaku. Apapun kita serahkan kepada Allah, Dia yang lebih tahu. Kita ambil iktibar, dari kejadian itu kita ambil iktibar dan memantapkan keimanan kepadaNya.