Seri Majlis Perkahwinan Di Zaman Moden
Pakaian sopan bagi lelaki ke Majlis Kahwin.
Pakai lah pakaian yang sopan...
Pakaian sopan dan sesuai bagi wanita muslimah
ke majlis kahwin..
Asalamualaikum semua teman maya dan para pembaca semuanya.
Tiap insan yang sudah mampu dan berkeinginan hendak mendirikan rumah tangga, maka percepatkan lah kerana perkahwinan atau pernikahan adalah satu perkara Sunnah Nabi akhir zaman kita iaitu Nabi Muhammad saw.
Bagaimanapun, ada proses tertentu sebelum, pra perkahwinan dan semasa persandingan perkahwinan anda. Sebagai orang Islam pasti sama sahaja situasi yang dialami dalam perkahwinan yang dirancang. Begitu juga kaum lain dan anutan agama lain, ada budaya atau cara sendiri mengikut landasan agama masing-masing dalam meraikan hari bahagia dua insan yang bercinta kini disatukan dalam rumahtangga.
Baiklah tanpa banyak cakap, kita lihat gambar berbicara bisu kepada anda detik bersejarah perkahwinan anda.Dan kita imbas kembali peringkat pertama sebelum dan semasa persandingan dilaksanakan nanti.
Peringkat Pertama - Jalinkan Pertunangan dahulu kepada gadis atau lelaki pilihan kalbu.
( Gambar rombongan peminangan )
Peringkat Kedua : Pasangan yang sudah diijab kabul ( Di nikahkan ) sejurus kemudian akan bersanding di singgah sana. Diiringi dengan muzik lagu Selamat Pengantin Baru. Pasangan duduk menerima renjisan air mawar dan taburan beras kuning serta wangian bunga sebagai tanda meraikan kebahagiaan pasangan yang berkahwin.
Peringkat Ketiga : Pengantin dua sejoli akan dijemput memotong kek hari perkahwinan. Detik inilah dikatakan adanya unsur kasih sayang yang nyata apabila pengantin lelaki dan perempuan saling bersuapan kek hari persandingan mereka. Biasanya kek yang dipertontonkan ialah kek bertingkat. Jarang kita nampak kek perkahwinan yang bukan bertingkat. Kek tersebut pastilah di oder atau ditempah awal.Bukan kek biasa yang selalu digunakan untuk kek hari lahir.
Peringkat Keempat : Majlis beralih lagi dengan acara paling menarik iaitu makan beradab pada kedua mempelai dan diapit oleh dua buah keluarga lelaki dan pihak perempuan. Makan beradab juga lelaki dan perempuan bersuapan dengan mengambil juadah dihidangkan. Akhirnya pihak keluarga lelaki dan keluarga perempuan akan menikmati juadah di meja makan beradab pada hari persandingan. Masa ini orang ramai mengambil kesempatan mendoakan pengantin agar bahagia hingga ke akhir hayat.
Acara lain dalam majlis perkahwinan : Menjamu para tetamu jemputan yang hadir. Memang ramai yang akan datang meraikan hari perkahwinan pasangan berkahwin. Tetamu yang hadir kena lah beradab semasa di majlis perkahwinan. Berpakaian sopan dan sentiasa ceria di majlis perkahwinan yang di hadiri.
Sekian satu bingkisan kenangan pada majlis perkahwinan yang Etuza hadiri.
1. Majlis perkahwinan Asmera Fitri Saidin
2. Majlis perkahwinan anak gadis saudara Jafli Rahman
3. Majlis perkahwinan Rohaida Bodor