Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1340

Kad Undangan Majlis Kahwin Kepada Keluarga Etuza

$
0
0
Kad Undangan Majlis Kahwin Kepada Keluarga Etuza

Hari ini dua majlis perkahwinan di hadiri..esok
ada lagi menanti...
Asalamualaikum & salam Sejahtera Semuanya.

Baru balik dari menunaikan hajat hadir ke Majlis Perkahwinan  di dua buah kampung. Perkahwinan anak perempuan saudara Rizal Ahmad Yani dan anak perempuan saudara Suhaili Muin.Cik Ana Rizal pengantin lelaki dari Kundasang Ranau, Sabah dan Cik Farizah Bte Suhaili pula pengantin lelaki dari Daerah Sook,Keningau.Kedua-dua majlis sedang berlangsung masa ini hingga ke malam.

Majlis Persandingan anak perempuan saudara Suhaili Muin, nampaknya Etuza tidak sempat mengambil gambar, kerana sesak dengan tetamu yang berdatangan sekitar jam 2.00 petang. Kebetulan kamera pula meragam dengan bateri kamera lemah. Rupanya Etuza lupa charge bateri kamera canon Etuza selain memori juga full. Ya Robbi...melepas dengan majlis perkahwinan yang  sangat meriah anak gadis saudara Suhaili Muin.

Hajat & Niat Memenuhi Undangan.

InshaAllah ada insan ini, merayu-rayu Etuza dan isteri serta anak-anak hadir ke satu lagi Majlis Perkahwinan esok di Dewan Kampung Banjar, Keningau, Sabah. Berfikir juga hendak menjawab , dapat pergi ke tidak. Namun kad sudah dihulur. Sudah anda nampak dalam gambar tertera 20hb Disember 2015 date jemputan perkahwinan antara Cik Masnijah dan Wan ( Orang Sepitang, Sabah ) bertugas sebagai guru di Keningau, bertemu jodoh dengan Cik Masnijah Azalan. Dapat ke atau tidak memenuhi undangan. Apapun memang suka tengok orang bersanding, diraikan bagaikan  raja dan permainsuri. Tengok lah esok dapat ke hadir majlis perkahwinan Cik Masnijah Azalan ini.

Perlukah Memberikan Hadiah Kepada Pasangan Pengantin.

Pendapat Etuza dengan tulus ikhlas.

1. Tidak perlu pun boleh..ikut keikhlasan dari kita. Pokok pangkalnya ialah ikhlas. Niat beri hadiah maka anda bawalah hadiah yang anda fikirkan sesuai pada rakan anda yang berkahwin hari itu.

2.Jika bawa hadiah, nampak lebih sopan kehadiran ke Majlis Perkahwinan. Ada Etuza membaca paparan dalam sebuah laman sosial bahawa Nabi Muhammad saw suka memberi hadiah  pada masa zamannya. Hadiah yang kecil dengan ikhlas akan menjadikan hadiah itu sebenarnya amat besar nilainya. Dengan itu memberi hadiah adalah satu sunnah Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw berkata, dengan memberi hadiah seseorang akan merasa gembira dan dihargai, itulah sebab budaya memberi hadiah itu sesuai diamalkan.

3. Etuza hendak berpesan, biar apapun hadiah anda kepada pengantin tersebut,kecil atau besar nilai hadiah anda, pasti akan berkat kehidupan anda kerana dengan hadiah yang kita beri mampu insan yang menerima itu berasa gembira dan bahagia.

Kesimpulannya, ada hadiah molek lahbawa ke majlis perkahwinan, tetapi jika tiada hadiah memadailah dengan kunjungan ke majlis perkahwinan tersebut.

Hari ini Etuza dan isteri datang ke majlis dengan ikhlas menghulur sesuatu sebagai hadiah kepada pasangan yang berkahwin hari ini. Alhamdulillah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1340

Latest Images