Rajin Promosikan Blog Anda
![]() |
Buatlah usaha promosikan blog anda! |
Asalamualaikum semua. Alhamdulillah idea datang lagi, idea yang baik itu dariNya dan apa juga kelemahan adalah dari diri Etuza.
Rajin Promosi Blog.
Anda memiliki entri di blog yang menarik, tetapi anda tidak mempromosikannya, jadi tidak ada sesiapa yang tahu bahawa entri anda adalah entri yang menarik. Sudah pasti tiada sesiapa yang berkunjung ke blog anda jika tidak ada yang tahu. ( Sumber dari buku rujukan Panduan Pemula Blogspot )- Sedih lah jika sebegini.Â
Beberapa pengunjung pasti boleh datang dengan sendirinya melalui mesin pencarian Google, yahoo, Bing atau sebagainya. Namun, hal itu jika blog telah dikesan secara baik. Beberapa blog yang masih tergolong baharu mungkin tidak dapat dikesan oleh mesin pencari atau berada pada urutan yang jauh. Hal ini adalah hal yang sangat wajar.Oleh itu, sama ada telah dikesan mesin pencari atau belum , akan lebih baik lagi jika sebagai blogger anda sendiri rajin untuk mempromosikan blog anda.Â
Nampak kah anda pada ayat bolt font maron itu. Ayat itu bukan Etuza buat tetapi ayat itu Etuza tulis dari buku sumber panduan Blogspot. Lalu Etuza applikasikan untuk mempromosikan blog menerusi ruangan komentar pada tiap blog. Etuza tidak kisah sangat walaupun komen Etuza dipandang dingin oleh ramai blogger. Tidak apa, sebab dengan tindakan itu ada juga yang drop komen dan membaca enrti Etuza. Bermakna dalam hal promosikan blog  yang baru atau blog lama harus dititik beratkan promosi blog melalui komentar. Tindakan mempromosikan akan cepatkan blog kita dikenali ramai.
Sebelum menutup tirai entri malam ini. Etuza hendak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada ramai blogger yang sudi drop komentar di laman blog Etuza. Pasti blog yang lama dan baru akan Etuza terjah juga. Sabar dan tunggu kehadiran Etuza.Â
Klik juga " Cerita Kopi Panas Magic"