Seiras Dengan Blogger Hainom Okje - Pandangan Anda? TPST #5
![]() |
Minta maaf saya copy Madam Hainom Okje..sebab nak bagi anda tengok wajah seiras anda.. |
Asalamualalikum semua.Â
Cerita dalam blog ini masih lagi hal program lawatan kami sekeluarga di Taman Pertanian Sabah di Tenom pada 22hb Disember 2015. Etuza tidak pasti ada berapa episod, tetapi Etuza akan kongsikan kepada anda tentang lawatan kami di TPST dan juga di Rumah Kebudayaan Orang Murut di Tenom.
Seiras Ke Mereka Ini?
Masa di Taman Pertanian Sabah di Tenom, ketika naik train ke taman orkid, nampak seorang wanita, menghalakan pandangan ke arah belakang mengambil gambar pasangan suami isteri dan baby. Etuza fikir, wanita itu ada kaitan dengan pasangan suami isteri ini. Tapi yang mengejutkan muka wanita itu sama ( seiras ) dengan seorang blogger iaitu blogger Hainom Okje. Ya blog Hainom Okje. Terkejut juga nampak, ingatkan blogger Hainom Okje. Bila tengok betul-betul wanita itu masih remaja lagi bersama dengan kawan  perempuan seorang lagi.Blogger Hainom Okje ni ibu muda kelihatannya.Nak Tengok bloh Hainom Okje, klik SINI.
Sama lah bentuk muka, pakai kaca mata hitam lagi. Tidak sempat pula hendak bertanya. Tidak manis bertanya rasanya sedangkan ada anak isteri Etuza bersama. Etuza sempat bertanya dengan pasangan suami isteri yang duduk kongsi kerusi yang sama dengan Etuza. Katanya dari Johor, datang ke Keningau lawat keluarga katanya. Mereka tinggal di Taman Savana di Keningau. Saja bersiaran di Taman Pertanian Sabah katanya. Ok..itu saja yang Etuza tanya, dia tanya Etuza dari mana pula. Ok jawab dan pasangan itu angguk-anggukkan kepala saja.Â
![]() |
Inilah train yang kami naik keliling Taman Pertanian Sabah di Tenom |
![]() |
Gambar pasangan suami isteri dari Johor bercuti di Keningau dan datang ke TPST pada 22hb Disember 2015 |
![]() |
Gambar ini, Etuza minta tolong pelawat lain ambil gambar kami sekeluarga.. |