Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1302

Bambu Khazana Alam Semulajadi. Siapa Kreatif Pasti Hasilan Baik

$
0
0
 Bambu Khazana Alam Semulajadi. Siapa Kreatif Pasti Hasilan Baik


Batang Bambu Yang Telah Di Potong  
Asalamualaikum.

Terpanggil untuk kongsikan kepada anda semua betapa berharganya pokok buluh atau bambo kepada kita semua. Pokok buluh bambo merupakan khazana alam yang sebenarnya amat mahal dan produk kualiti bagi digunakan sebagai alat rekreasi serta alatan lain.

Di Sabah khasnya Keningau masih boleh dikatakan kaya dengan pohon buluh yang masih melata di merata tempat. Dan di tempat Etuza juga ada di kawasan kebun tumbuh tinggi dan rimbun sekali. Buluh atau bambo yang ada dalam gambar itu merupakan buluh di laman Etuza. Adalah kegunaannya dan perancangan Etuza untuk membentuk beberapa sudut hiasan berasaskan bambu di laman Etuza. InshaAllah jimat kos dan agak tradisional lah nanti kelihatannya. Anda tunggu hasilan yang Etuza cuba tampilkan dengan menggunakan buluh atau bambo.

Kegunaan buluh atau bambo ini banyak sekali. Memang hebat kegunaan buluh ini. Antara nya ialah seperti pondok dalam gambar dan hiasan pada tempat duduk di laman seperti gambar Etuza di Kyoto Jepun. Cuba perhatikan keunikan buluh tersebut. Boleh di varnis dan di cat. Tidak hairan jika buluh ini jika yang pandai rajin dan kreatif boleh menjadi kaya dengan menggunakan produk buluh bambo.Anda ada buluh bambo ha inilah masa cuba manfaatkan masa mengambil bambu dan hasilkan satu kegunaan kelebihan bambo menurut anda. Selamat mencuba.


Inilah salah satu contoh pondok rekreasi berasaskan bambu.
( Gambar di ambil di SMK Agama Keningau, Sabah )

Satu contoh bagaimana cara gunakan bambu hiasan..
( Gambar Etuza di Kyoto Jepun - Di Bambo Garden Jepun )


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1302

Trending Articles