Ikan Berkurangan Dalam Kolam, Agaknya Burung Hantu Datang Memakan Ketika Malam..
Asalamualaikum semua.
Pagi-pagi Etuza mengetuk pintu maya. Hendak berbicara bisu tetapi bermakna, kerana akan ditatapi oleh jutaan pemggemar laman maya. Etuza tidak perlu risau kerana tetap akan ada insan lain yang akan memberi respond berbicara bisu juga dengan Etuza.
Terbaru ikan-ikan dalam kolam hiasan di laman Etuza, Etuza tengok semakin berkurangan. Tidak pula Etuza nampak ada ikan mati lemas ke, ikan mati beranak ke, ikan mati tersedak makanan ke apa-apa lah langsung tidak ada bekas dan kesan ikan mati dan sebagainya.
Bila melihat ikan-ikan yang besar entah ke mana. Tinggal anak-anak ikan. Kesian pula Etuza kenang ikan yang di bela bertahunan hilang begitu sahaja. Ada hari tu kucing tangkap, tetapi sekali saja lepas tu Etuza pasang jaring. Ada terbaca di laman Nick Nasram katanya burung hantu kala malam datang makan ikan. Iya kah..biar betul. Dan terbaru anak Etuza yang ke empat kata ada burung helang di siang hari hinggap dekat pokok limau dekat kolam ayah katanya. Ya Rabbi...musuh dalam selimut rupanya burung helang dan burung hantu ini. Alamak tidak boleh jadi ni. Kena projek balik pasang jaring. Sedih tul ni....
Kepada anda ini ikan-ikan dalam kolam Etuza..semakin kurang lah...