Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1340

Tidak Ada Kerja Yang Mudah,

$
0
0
Tidak Ada Kerja Yang Mudah,


 Asalamualaikum Semua. 


Wah lamanya tidak jengok blog ini.Apakan daya tidak terbahagi masa rasanya selalu ke laman, kerana tuntutan kerja-kerja realiti menuntut kita agar utamakan kepada yang lebih dipertanggungjawabkan.

Tidak ada kerja yang mudah untuk dilakukan, semuanya memerlukan kesabaran dan keikhlasan untuk laksanakan. Etuza bercakap sebegini, kerana kerjaya guru bukan senang dan amat-amat menuntut kesabaran.Bayangkan kita berhadapan dengan puluhan murid dalam kelas. Sebagai contoh ada 20 orang murid dalam kelas maka 20 kepala yang berbeza sikap dan perangai kita harus hadapi dengan telus. 

Namun keadaan dahulu dan kini cukup berbeza. Dahulu zaman kita, kita hormat guru, guru datang dengan bunyi tapak kasut, kami dalam kelas segera diam bagaikan kucing ketakutan, seorang pun tidak berani bersuara. Kecuali ucapan Selamat Sejahtera Cikgu.

Zaman sekarang murid sudah ada yang terlebih bijak. Kita guru bercakap menerangkan pelajaran hari itu, murid tanpa segan silu bertanya yang bukan content pelajaran. Tiba-tiba bercakap bercerita dengan kawan sebelah. Kita guru terpaksa ambil masa memberi kesedaran kepada murid. Hahaha..sebaik diberi nasihat sekali lagi pecah kesunyian dengan tiba-tiba terpacul lagi pertanyaan yang langsung tiada kaitan dengan isi pelajaran.Rasa pelik pun ada. Entahlah, bagaimana lagi hendak beri didikan yang terbaik kepada murid sekolah. Kesan dari perbuatan tidak mendengar guru mengajar dalam kelas, apabila diajukan soalan spontan, lain pula jawapan yang di beri. Guru menegur murid untuk beri didikan, bukan kerana menghukum mereka tetapi memberi nasihat agar tidak amalkan sikap yang tidak sopan ketika dalam kelas. 

Guru ini manusia biasa, ada kesilapan diluar jangkaan. Sebagai contohnya, tersilap masuk kelas akibat salah tengok jadual. Ada pernah Etuza mengalami situasi ini. Pernah juga Etuza menunggu guru dalam kelas keluar. Bila diberitahu, bukan kelas anda, kelas saya. Ya Robbi malu pun ada. Silap tengok jadual lah. 

Dengan itu Etuza hendak katakan bahawa kerjaya guru nampak mudah tetapi banyak cabaran yang memerlukan tahap kesabaran naluri guru. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1340

Latest Images

Trending Articles