Rindu Hendak Tanam Rumput Lembut Hijau Ini
Hijauan bunga di laman Etuza pada tahun 2010 |
Etuza kali ini,sebelum klik blog milik sendiri, Etuza klik lanskap rumah orang kampung. Terpampanglah banyak lanskap halaman rumah kampung. Dalam klik klik itu, tiba-tiba hati berbunga untuk klik laman Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Itu merupakan blog pertama Etuza yang hingga kini tidak dapat log in kerana lupa pasword gmail Etuza. Sayang juga blog ini tidak bertuan, sedangkan telah di urus sejak 2009 jika tidak silap Etuza.
LamanPesona ( Klik Pesona ) blog sebaris dengan banyak lanskap laman rumah kampung. Inilah hasilnya sesebuah blog boleh menjadi sumber rujukan kepada ramai orang di luar sana.
Baiklah, sebenarnya Etuza teringin sangat hendak menanam bunga rumput seperti dalam gambar di atas. Rerumput hijau dalam pasuan itu sesungguhnya milik Etuza di laman pada tahun 2010. Sayang sekali rerumput lembut ini semakin pupus di laman. Namun ada kalibat bunga rerumput hijau ini apabila Etuza mulai rajin menyiram pagi petang bunga di laman Etuza.
Tidak Mantain Menjaga Bunga Atau Menanam Benih Bunga2an.
Inilah faktor utama Etuza tidak mantain menanam bunga2an dan menjaga bunga2an seperti orang lain. Kini Etuza terfikir dalam usia seperti Etuza perlunya untuk mantain menjaga laman dan menanam bunga2an agar tidak akan pupus. Cuba tengok kehijuan dalam gambar, sangat segar memandang dan melihatnya kan. Namun kini, diabadikan dalam blog sahaja. Tidak seperti ini lagi laman ( Lanskap Laman ) milik Etuza. Apatah lagi masa sekarang ini musim kemarau melanda. Gersang dan kering layu semua bunga ditengahari. Semoga niat Etuza hajaukan laman akan berjaya dengan izinNya. Amin.
Banyak kebaikan bercucuk tanam di halaman rumah sebenarnya, boleh keluar peluh serta badan rasa ringan dan sihat. Lenguh2 badan memang terasa tetapi ianya bagaikan kesan badan bekerja di siang hari di laman rumah. Menyiram, membersihkan rumput di pasu dan menyusun kayu atau batu-batuan agar pandangan lebih menarik. Rasa segar kembali badan apabila seperti bersenam dengan aktiviti bercucuk tanam di halaman rumah.
Amin.