Selamat Menghadapi Peperiksaan Semester Akhir 2015Hari Ini Bermula 26 hb Oktober Hingga 29hb Oktober 2015
![]() |
Murid kelas 4 bijak di kelas Nur Aliya semuanya tenang menjawab soalan peperiksaan Bahasa Malaysia Kertas 2 Penulisan |
Assalamualaikum semua. Etuza ke udara lagi, ketika ini sedang menjaga peperiksaan kelas 4 Bijak di sekolah Etuza. Kelihatan semua murid dalam keadaan tenang menjawab tiap helaian kertas. Etuza online seketika untuk updated blog. Hal kelas ini lah sedang mejawab, nampak kan paparan gambar mereka. Inilah situasi peperiksaan sedang berlangsung. Memang sunyi sepi kerana semua murid perah otak hendak jawab soalan yang ada depan mata. Maknanya soalan yang dirahsiakan kini telah bocor. Ya bocor kerana semua telah diberi kertas soalan..masing-masing menjawab dengan idea sendiri. Jam mula paper 2 penulisan Bahasa Malaysia ialah jam 8.35 minit pagi hingga 9.35 minit pagi.Harap lah semua murid termasuk Nur Aliya yang ada anak panah putih tu dapat jawab dengan sebaikknya. Etuza tengok soalan bukan susah pun.
Gambar Unik Kucing Milik Family Etuza.
Putih & Melati semakin comel dan cantik pula...
![]() |
Comel kan Putih dan Melati..yang melihat tu mata biru tu lah Putihdan yang tidur di sebalik Putih tu Melati.. |
Dulu sekitar bulan awal Ogos 2015, tiba-tiba putera anak Etuza bernama Ikmal bawa satu kotak. Ingat kan apa dalam kotak. Anak kucing rupanya. Haduiii!!! tidak cukup kah pula kucing miow di rumah Family Etuza ini. Sampai anak lelaki Etuza siap angkut anak kucing berbulu putih dari rumah kawan dia. Etuza geram juga sebab banyak kucing di rumah berlari-lari di luar rumah pun ada. Ada putih, hitam , kuning dan berbulu tiga warna pun ada. Huuuu!!! bertambah lagi lah anak kucing.
Ikmal kata anak kucing ni keturunan kucing Siam. Mak oooii ada kah pula kucing ini macam manusia berketurunan. Etuza rasalah semua kucing ni hanya satu saja ada bulu. Ya ada bulu." Kucing ni cantik bila besar ayah..kita jaga baik-baik ja lah..saya suka jadi ambil saja lah makcik Laisah yang bagi" Inilah kata-kata ikmal. Terpaksalah Etuza akur, rasanya Ikmal anak bujang Etuza ini anak lelaki yang baik hati sebab suka kucing lalu Etuza tafsirkan jiwa Ikmal ini tebal rasa kasih sayang. Wah!! best kan jika ada anak pandai menyayangi. Etuza begitu sekali tafsirkan jiwa Ikmal.Dipendekkan ceritara ha ini lah dalam gambar anak kucing dan besar selepas tiga bulan dipelihara oleh Family Etuza termasuk Etuza sekali membelai Putih & Melati.
Kenapa Putih & Melati nama sedap betul. Ha bab bagi nama, Etuza dalam keadaan geram terpacul nama di mulut. " Siapa nama anak miow ni ayah" Aliya bertanya. " Susah-susah sangat kamurang bagi nama..ha mari ayah bagi nama, yang putih kelabu tu Putih yang bulu warna tiga bulu tu Melati..ha jadilah Putih Melati senang ingat.."Etuza bagi cadangan, rupanya mereka suka maka inilah hari ini wajah Putih & Melati sangat comel dan manja. Bulu gebu dan tidak cabut. Anak-anak mandikan sekali seminggu, makanan harian whiskers dan Putih Melati suka minum susu. Serta suka makan spirulina elken tablet