Produk Dari Kelantan
Asalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa juga diucapkan selamat merayakan hari raya haji ketika ini. Ada ke tidak ke surau atau ke masjid tunaikan solat sunat hari raya haji?.Pastilah ada, syukur alhamdulillah.
1. Gambar di atas itu merupakan kain pelikat dan kain sarung. Produk dari Kota Baharu Kelantan. Buah tangan anakanda tersayang yang baru balik dari Daerah Tumpat, Kelantan. Katanya untuk ayah dan ibu. Menerima hadiah atau buah tangan dari anakanda memang sangat gembira, apatah lagi produk yang di pakai ketika solat memang sentiasa dalam doa ibu ayah anak - anak tersayang, sentiasa didoakan agar Allah beri yang terbaik untuk anak-anak. Infor yang Etuza dengar kain pelikat itu dalam harga Rm 10 sahaja. Murah lah jika begitu. tengok kain kualiti juga. Namun harga mahal bukan ukuran untuk memberi hadiah kepada sesiapapun, tetapi walau murah jika ikhlas, itulah sebaik-baik pemberian. Alhamdulilah terima kasi kepada anakanda tersayang.
2.Gambar kedua itu merupakan produk dari Kota Baharu Kelantan juga merupakan buah tangan anak kepada kami sekeluarga. Ini bahan makan yang bukan calang-calang ya. Serunding memang brand keluaran dari Tanah Seberang, lebih-lebih lagi di Kelantan. Sebut serunding sini sana ada dijual kata anakanda Etuza. Dalam dua bungkus plastik dan katanya 1 kilogram berharga RM 5.00 jika di Kota Baharu Kelantan.Sekali lagi Etuza berfikir, murah nya. Tetapi jika di Sabah boleh cecah puluh ringgit. Sebab pernah Etuza membeli serunding dalam kiraan RM30. Apapun memang kuantiti yang banyak. Makan serunding memang sedap, sedap sekali di makan bersama nasi dan sayur atau lauk lain. Sekali ambil nak tambah lagi. Alamat lah naik badan Etuza ni.
3.Berdua dalam gambar, semoga kasih sayang dalam rumah tangga sentiasa dalam kebahagiaan dan dirahmati Allah. Semoga jodoh ini kekal sehingga ke akhir hayat. Amin. Terima kasih anak kami kerana memberikan hadiah atau buah tangan sekembali dari Tumpat Kelantan.
4.Yang bertopi itu anak lelaki Etuza. katanya mereka bersama kawan-kawan pergi ke tasik air terjun Lata Tembakah Kelantan. Jernih sekali dan kelihatan air terjun dari bukit dalam tiga penjuru. Amat hebat dan luar biasa. Ha ..teman blogger dari Kelantan adakah anda sudah melihat atau datang melawat ke air terjun Lata Tembakah ini di Kelantan? Ha kalau ada share lah di blog ya.