Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1343
↧

Sila Klik. Banyaknya!

$
0
0
Banyaknya!
Buah limau nipis tanaman Etuza..

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari cuti biasanya banyak program yang kita hendak buat demi mengisi masa senggang kita yang terluang. Sebaik ada masa cuti pastilah niat hendak berehat sahaja itu dalam minda kita pada awalnya. Namun berlainan dengan insan yang sudah berumur seperti Etuza. Ingin selalu berseronok bergembira ke sana ke sini sudah dulu Etuza rasakan. Secara ringkas masa remaja telah lama berlalu. 

Masa itu selalu dikatakan sebagai EMAS. Maka manafaatkan masa emas kita kala bersama keluarga dan di hari-hari cuti. Seperkara lagi yang hendak dikongsi ialah sesiapa sahaja yang terlalu membuang masa maka jatuhlah perbuatan haram kerana melakukan maksiat membuang masa. Ya Allah gerunya.

Baiklah, inilah buah limau nipis tanama Etuza dekat rumah. Sangat banyak hingga pada pokok limau nipis itu mencecah tanah. Hendak buat apa limau nipis ini banyak sangat. Minum pun baru segelas dengan cara seperti dalam gambar. Letak ais batu seketul saja, cukup memberi rasa sejuk. Gula sedikit sahaja dengan sebiji limau nipis, kenyit mata juga. Tetapi kena minum kerana limau nipis ini banyak khasiat.Anda kena klik laman SINI. Terdapat penjelasan yang jelas tentang kegunaan limau nipis. Klik ya.

Berbalik kepada limau nipis di atas, hendak buat apa ya? Mujur dapat ilham Etuza hantar di kampung letak di gerai mak. Etuza beri peluang kepada sesiapa sahaja hendak ambil, ambil semua sila ambil, hendak setakat dua atau tiga juga silakan ambil, yang penting limau nipis itu habis digunakan mengikut cara individu. Paling jelas kalau kuku hitam atau jari jari ada kesan hitam akibat dakwat atau ink pen dan sebagainya ambil limau nipis ini gunakan pasti hilang. Berkesannya. Syukur ya Allah memberi nikmat merasa air perahan limau nipis ini. Segar sekali...
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1343

Latest Images