Di Awan Yang Biru
Inilah View KKIA Kota Kinabalu Sabah..Unik rekabentuk kelihatan..
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Untuk julung kalinya kami berkunjung ke KKIA Kota Kinabalu, Sabah, satu tempat berlakunya satu perjalanan melalui udara. Pastinya menaiki pesawat khas yang tertera no MAS dalam tiket yang diberikan.Seawal jam 4.00 pagi hari ini kami ke KKIA untuk menghantar anakanda tercinta diiringi doa dan restu penerbangan ke Al Azhar, Mesir bersama kawan-kawannya.
Masa yang begitu pantas berlalu, terasa pilu dan sedih melepaskannya pergi, namun demi mencari ilmu di negara orang dan di rantau apakan daya dilepaskan juga dengan doa dan harapan semoga selamat sampai ke destinasi.
Kapal Terbang MAS..terbang bagaikan burung bersayap besar..
sesuatu yang benar2 membuktikan kekuasaanNya..bahawa dengan izinnya
besi ini boleh terbang ke awan nan biru..Subahanallah...
meredah lautan di awan nan biru..Allah hu Akbar
Samudera awan nan biru..putih gebu..segar beralun ..
Kala di awan nan biru berilah PUJIAN kepada Allah..Subahanallah..
KepadaMu ya Allah, berilah rahmat beri lah kasih sayang kepada hambaMu yang mahu mencari ilmu Mu. Berilah mereka keselamatan dan ketenangan walau di mana berada. Jauh atau dekat itu bukan ukuran bagiMu tetapi tujuan yang ikhlas untuk mencari redhaMu di dunia dan akhirat. Ya Allah semoga selamat ke distinasi, iaitu di negara para AMBIA. Kami sentiasa mengingatiMu ya Allah. Peliharalah jiwa dan hati kami dari keegoan Dunia. Lepaskan kami dari kemelut yang merosakkan iman kami. Subahanallah Allah hu Akbar.