Kuih Lidah, Maksud Kuih Kapal Terbang, Kuih Kereta Angin Adalah Benda Sama Pelik Tapi Benar
Ini Kuih Lidah kalau di Keningau..Tapi di tempat lain, lain namanya..Harap jangan keliru seperti Etuza...mujur cepat kenal.. |
![]() |
Ini di gelar Kuih Kapal terbang atau Kuih kereta angin di Kedah dan di Perlis..dua nama beza kuih sama.. |
Insan Marhaen ( Klik )Klik Juga Laman Aku Insan Sederhana.
" Saya suka makan kuih karipap berisi kentang, bila sarapan pagi,isteri pula sukan makan kuih kapal terbang"
Inilah kata-kata blogger Insan Marhaen di ruangan komen awal pagi hari ini di blog Etuza. Pada entri pelbagai gambar kuih traditional di blog Etuza yang terbaru terdapat komen dari Insan Maheran.
Lama Etuza berfikir pelik benar nama kuih kapal terbang ini. Baru pertama kali membaca dan mendengar serta di perkenalkan nama kuih Kapal Terbang sebagaimana Insan Marhaen katakan bahawa isterinya suka makan kuih ini. Etuza tanpa berlengah lagi terus kilk search google hendak mencari jawapan sendiri apakah ini Kuih Kapal Terbang.Akhirnya Etuza dapat jawapan, rupa-rupanya Kuih Kapal Terbang itu adalah Kuih Lidah jika di Keningau Sabah. Seperti dalam gambar. Ada lagi kenyataan yang mengatakan bahawa kuih traditional ini di gelar juga Kuih Kereta Angin di Perlis.
Rupanya benda sama tetapi punyi nama berbeza mengikut etnik masyarakat di beberapa negeri di Malaysia. Jika isteri Insan Marhaen menggemari kuih kapal terbang ini, sama lah juga isteri Etuza juga sangat sukan makan Kuih Lidah kuih yang sama. Memang sedap dan gebu kuih ini. Terima kasih Insan Maheran kerana menggerakkan hati Etuza mendalami lagi ilmu mengenai kuih bernama pelik ini tapi benar.