Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1347
↧

PBSM Tetap Bersemangat Wajah

$
0
0
PBSM Tetap Bersemangat Wajah & 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 



Bersyukur kepadaNya, atas keizinan dariNya maka kita dapat bersama di online maya ini. PBSM singkatan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyertai perkemahan UBF ( Unit beruniform) selama dua hari dua malam yang bermula pada 29hb Oktober 2016.

PBSM untuk julung kalinya menyertai perkemahan UBF seiring dengan persatuan UBF lain iaitu TKRS, PPIM dan Pengakap Muda. Semua persatuan UBF ini telah berjaya menyertai perkemahan dengan jayanya. Pasti berbagai pengalaman telah diperolehi menerusi berbagai aktiviti yang telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa berkemah ialah :-
1. Cabaran setiap stesen ( Sayang si buta, kawad kaki, kemahiran rekacipta dan lain-lain)
2. Kembara yang merangkumi 8 stesen.
3. Pertandingan persembahan 
4. Pertandingan kawad kaki statik.
5. Senam arobik. 

Bagaimana pun terdapat beberapa aktiviti yang dahulu dijalankan tetapi pada tahun ini di tiadakan. Iaitu pertandingan memasak dengan menggunakan kayu api. Terdapat alasan yang logik agar pertandingan ini di tiadakan pada tahun ini.

Selain daripada itu, perkemahan UBF kali ini agak banyak masalah apabila pada hari pertama semasa sesi pendaftaran hujan lebat, petir dan angin kuat telah berlaku. Terdapat beberapa kem yang terbang akibat angin yang agak kuat hari itu. Tapak perkemahan juga basah dan agak becak. Keadaan sebegitu nampaknya bukan meruntuhkan semangat peserta tetapi mereka amat bangga dan seronok menjalani perkemahan yang bagi kanak-kanak berusia 9 tahun, 10,11 dan 12 tahun sesuatu pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan.

Kepada semua AJK pelaksana diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana telah berjaya mengendalikan program ini dengan jayanya. 




↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1347

Latest Images