Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Kenangan Di Kota Kinabalu Pada 8hb Feb 2017

$
0
0
Kenangan Di Kota Kinabalu Pada 8hb Feb 2017


Pada 8hb Feb 2017, Etuza dan keluarga pergi ke Kota Kinabalu untuk menjemput anak dari Kuala Lumpur. Banyak juga kenangan kami ketika berada di Kota Kinabalu walaupun hanya sketika sahaja.Apa yang tidak dapat dielakkan ialah kos hidup di Kota Kinabalu yang memang tinggi sekali. Segalanya perlukan wang ringgit.

Dua tempat menarik yang jelas dapat Etuza kongsikan ialah pemandangan dari bawah dekat kawasan HSBC Kota Kinabalu ini kita dapat melihat pemandangan Bukit Hill. Di mana ketika berada di tempat itu kita akan dapat melihat keindahan Ibukota Kinabalu yang sangat indah. Serta saujana lautan nan biru. Dan satu lagi ialah gagahnya bangunan baru Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.Merupakan bangunan baru yang dibina berdekatan dengan Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Kalau hendak ke JPNS ini mudah sahaja dengan melalui jalan ke arah Universiti Malaysia Sabah, sambil kita menikmati pesisir laut yang sangat indah.

Inilah keadaan halaman JPNS. Tinggi juga bangunan ini. Etuza naik lif hingga ke tingkat 6, masa menghantar dokumen atas arahan guru besar sekolah Etuza.

Sabah, we love Sabah. Sabah indah di mata ku. Semangat melihat keindahan negeri sendiri. Sabah indah bah...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles