Bulan Mei Yang Ceria Untuk Aliya
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bulan Mei 2017 memang bulan ceria kepada keluarga Etuza, ini kerana ramai antara kami adik beradik yang lahir pada bulan Mei selain Nuraliya anak bongsu Etuza juga lahir pada bulan Mei iaitu pada 02.05.2017.
Dalam minda Etuza sudah pun setkan kejutan kepada Aliya dengan membawa kek di sekolah, selain minuman dan juadah nasi lemak yang sedap dalam tapau. Etuza seawal pagi pada hari itu berhubung melalui whatsup dengan guru kelas Aliya agar semua murid dalam kelas 6 Bijak semasa rehat datang masuk di Pusat Sumber.
Sebaik mereka semua sudah berada di dalam bilik Pusat Sumber, lagu beramai-ramai " Selamat Harijadi " dinyanyikan oleh kawan-kawan sekelas Aliya. Wah! nampaknya Aliya agak terkejut tetapi segera tersenyum dengan penuh rasa kegembiraan.
* Semoga sentiasa sihat dan ceria
* Semoga taan solat dan mendengar nasihat ibubapa
* Semoga mudah dan cepat faham apa juga mata pelajaran di kelas.
* Semoga cemerlang UPSR 2017
* Semoga dilimpahkan rezeki
* Semoga menjadi remaja yang rajin dan sentiasa sabar.
* Semoga sentiasa amalkan amalan yang baik.
Majlis raikan hari lahir Aliya bersama rakan sekelasnya