Top Komentar Telah Updated
Lihat updated komentar terkini sebagai perangsang
semangat kepada semua yang menggemari komentar di blog.
![]() |
Sedikit pesanan dari penaja hadiah Etuza sendiri. |
Asalamualaikum semua.
Sebagai insan yang ada blog tempat meletakkan gambar kenangan dan beberapa peristiwa hidup serta perkongsian ilmu yang ada, kita sedikit sebanyak terbabit dalam dunia blogger yang terasa amat menyeronokkan. Dalam seronok berblog rupanya ada perkara tertentu yang menjadi garis panduan dalam membuat catatan di blog kita. Ada dua perkara sebenarnya yang Etuza jumpai tatacara agar penyampaian catatan di blog lebih bermakna.
Iaitu tampilkan ciri artikal yang berkualiti dan kesalahan dalam cara mencatat catatan di blog.
Baru Etuza sedar rupanya bukan sewenangnya membuat catatan, tetapi rupanya penuh dengan tatacara yang menguntungkan blog dan blogger itu sendiri. Etuza berminat untuk menyatakan tentang kesalahan dalam membuat artikal. Mari kita baca bersama hasil dapatan Etuza mengenai ini.
5 Kesalahan Dalam Menulis Artikal.
1.Jumlah perkataan tulisan yang terlalu banyak. Menurut pembacaan Etuza rupanya bukan semua catatan dalam blog kita dibaca dengan terperinci. Tetapi dilihat sekadar dipaparkan dan membaca isi-isi penting sahaja. Kecuali bagi mereka yang membuat kajian. Jumlah perkataan sebenar yang sesuai ialah dari 200 aksara hingga 400 aksara perkataan.
2. Tulisan perkataan tidak boleh dalam keadaan disingkatkan kerana mengakibatkan enjin carian di google bermasalah mentafsir perkataan yang disingkatkan seperti singkatan cara sms.
3. Membuat catatan yang dikatakan tidak masuk akal. Sebab cara tulisan seperti ini dikatakan blog akan terus ditinggalkan oleh pembaca maya.
4. Penggunaan bahasa yang tidak baku. Ini membawa maksud bahasa singkatan yang sukar ditafsirkan oleh internet. Blogger harus elakkan dari melakukan ini.
5.Informasi yang tidak jelas. Bila blogger menulis informasi yang tidak jelas maka akan mengundang kekeliruan pembaca. Menurut yang Etuza baca pembaca jika menemui artikal yang sukar difahami akan segera meninggalkan artikal tersebut. Sayang sekali apabila mereka tidak berminat untuk berkunjung ke blog tersebut.
Itulah 5 kesalahan besar dilakukan oleh penulis blog yang kita miliki. Etuza harap selepas ini kita lebih berazam dan bermotivasi membuat catatan dengan cara yang sebenar.Selepas mendapat informasi ini Etuza rasa banyak kesalahan dalam tiap catatan blog Etuza. Etuza memohon maaf setulus hati. Semoga sentiasa ada pembaikan di blog Etuza. Untuk lebih lanjut silaBACA ini.